New Season








Sumber : Berita Harian


sinis tapi benar.
itu la kehidupan budak-budak sekolah.
masing-masing ingin sentiasa update dengan trend atau musim semasa.


macam adik aku.
yang selama ni tak pernah pun,
ambil tahu pasal bola.
ambil kisah dan peduli tentang bola.
tak pernah sepak bola.
dan entah tahu atau tidak bola itu bulat?
tiba-tiba je minat sangat nak tengok bola.


mak aku mungkin pelik dan hairan.
tapi tak bagi aku.


ianya normal.
di kalangan budak-budak sekolah.


bila sampai di sekolah pada hari esok.
akan di sapa dengan rakan-rakan.
"eh, kau tengok bola malam tadi? pergh Spain menang besar tu. aku dah agak dah."
ayat permulaan perbualan sebelum berpanjangan hingga cikgu kelas masuk.
kalau ada cerita yang lebih menarik,
lepas ucap selamat kepada guru.
sambung lagi tanpa henti.
kan?


masing-masing sibuk membahaskan tentang negara kegemaran.
pemain terbaik.
bangga tidak tidur malam semalam.
dan hadir ke sekolah dengan mata yang kuyu dan layu.
janji puas.


trend atau musim tidak terhad hanya kepada piala dunia semata-mata.
tapi pelbagai lagi musim yang datang menjengah untuk beberapa ketika.


dulu sewaktu di sekolah rendah.
masing-masing perlu gunakan pensil untuk menulis.
akan tetapi rakan-rakan seperjuangan masing-masing riak dan takbur menunjuk-nunjuk pensil picit-picit atau tekan-tekan yang mereka ada.
macam-macam jenis, macam-macam rupa.


tapi aku selaku anak guru.
memang diharamkan sama sekali menggunakan pensil yang sewaktu dengannya.
dengan alasan dakwatnya yang tidak terang.
berbanding dengan pensil kayu 2B.
memang aku cemburu ketika itu.
hilang salah satu nikmat menjadi kanak-kanak riang.
T_T


selain pensel, pemadam juga tidak mahu ketinggalan.
pelbagai rupa, corak dan warna.
kanak-kanak ribena memang suka mengumpul pemadam.
tapi bukan digunakan untuk memadam,
tetapi sebagai modal permainan.
"lawan pemadam"
jom lawan.
tekan pemadam tu.
pemadam siapa yang dapat menindih lawannya.
dialah pemenang!
:D



korang ingat lagi tak kereta mini 4wd dash yonkuro?
ala kereta kecil yang guna bateri AA dua biji tu..















Super Emperor
sumber : HS Blog



dulu time musim kereta mini ni.
penuh la longkang-longkang sekolah agama dengan kereta ni.
disebabkan budak-budak lelaki ni kreatif dan inovatif.
masing-masing tak sabar nak jadi engineer.
segala benda semua nak dibikin.
nak ditukar.


enjin kereta tu ditukar kepada macam-macam jenis.
enjin kaler hitam la, kuning la.
nak bagi laju katanya.
bumper bagi tukar bumper besi.
baru cun.
tayar tak dilupakan.
macam-macam jenis tayar ada.
untuk meningkatkan lagi potensi kemenangan semasa perlawanan.


tambahan lagi,
ada yang sanggup beli bateri cas.
semata-mata akibat gilakan permainan ni.
ye la, dah asyik main je bateri habis.
takkan asyik nak beli je kan?
bateri cas la di sambarnya,
apa lagi.


gasing dan guli juga tidak asing daripada permainan budak-budak sezaman dengan aku dulu.
bila seorang yang mulakan,
ramailah pengikutnya kemudian.
masing-masing hendak menunjukkan bakat terpendam.
hasilnya beg sekolah agama diisi dengan permainan dan bukanlah kitab-kitab agama.


selain itu.
salah satu permainan fevret aku dulu.
ialah bermain "ceper".
atau lebih dikenali sebagai penutup botol minuman.
pergi ke kedai yang menjual minuman gas yang masih menggunakan botol ni.
lepas tu mintak dengan tauke kedai tu.
ambil seberapa banyak yang mampu.
sebagai spare jika di rampas oleh cikgu kelak.
hehe.
;)


permainan ini melibatkan kepakaran di dalam mengawal keseimbangan,
menjentik dan mengagak.
tidak lupa juga menguji kesabaran korang.
sekiranya pihak lawan handal dalam permainan ini.
memang lama la korang nak kene tunggu mereka tamat giliran.
tapi memang best!

















ceper di Ali Cafe.



tidak lupa juga permainan batu seremban.
ambil beberapa batu kecil,
balingkan ianya ke atas,
dan tangkap!
aku tak berapa ingat corak permainan.
sebab dah lama sangat tak main.


satu lagi jenis permainan dulu kala.
yang dimainkan oleh budak-budak lelaki.
ialah lawan "King".
haha ini bukan "King" yang membawa maksud raja atau pemerintah sesebuah kawasan.
tetapi "King" ialah sejenis serangga yang boleh didapati di celah-celah daun pokok.
rupa dan sifatnya seperti seekor labah-labah.
tapi aku kurang pasti jika mereka terdiri daripada spesies yang sama.
sebab ianya bersaiz jauh lebih kecil.
mikro mungkin.
tapi sifatnya tak ubah seperti labah-labah.
membuat sarang di antara dua helai daun pokok.


ok, bagaimana nak bermain dengan "King" ni?
senang je.
kau ada seekor, aku ada seekor.
pertemukan mereka berdua.
lalu mereka pun mula menunjukkan kehebatan masing-masing.


haha ianya memang permainan melaga-lagakan binatang.
masing-masing memang bela haiwan ni.
lepas tu lagakan.


dan bila budak-budak yang bela.
dan haiwan tu pula sekecil kerengga.
kebarangkalian untuk "raja" tadi mati adalah sangat tinggi.
maka semakin pupus la keturunan "king" di bumi ini.


itulah sebuah kisah musim-musim permainan kanak-kanak riang
yang seusia dengan aku.
sewaktu sekolah rendah dahulu.


masuk ke alam sekolah menengah,
masing-masing dah sibuk berlagak dengan motor kapcai.
bikin motor tu sana sini.
sibuk nak hisap rokok kat tandas busuk.
sibuk bergayut di telefon awam.
dan yang sewaktu dengannya.


apa pun itu semua sebuah memori silam.
yang sangat berharga
dan tidak boleh ditukar ganti.

5 comments

Eima Jer | June 27, 2010 at 10:22 AM

aku ratu congkak!
auw...
hahahahahaha

aku ada keta control tu..=p

Sloeko loe | June 27, 2010 at 5:56 PM

baca di sini. sambil dengar mew. =)

slay | June 28, 2010 at 12:24 AM

eima : congkak aku tak main sangat dulu, sebab tak buleh bawak pergi sekolah! hehe.

sloeko loe : minat mew ke? silakan membaca. :)

fairuz | June 29, 2010 at 5:40 AM

aku masa skolah rendah layan chess cina...

slay | June 29, 2010 at 7:51 AM

apai : pergh terer ar lu reti main chess tu. gua ni lambat pikap sikit, so main game yg lebih mencabar ar.