No comment yet

Akustatik

Bila aku baca balik nota-nota lama dalam henfon aku, banyak rupanya impian/cita-cita/angan-angan/future planning aku yang tak tercapai. Atau boleh dikatakan tiada satu pun yang tercapai.

Dalam kata mudahnya, tiada beza pun aku yang dulu dan sekarang. Berdiri di atas titik yang sama.

Pegun.
No comment yet

Future Planning

Bila borak dengan orang-orang yang lebih berumur daripada kita, kebanyakannya diorang gemar beri nasihat atau tunjuk pandai masing-masing, sebab diorang lebih makan garam daripada kita, kan.

Yes, tadi aku tengah makan tiba-tiba diorang sentuh pasal kepentingan planning masa depan. Kadang-kadang aku tak faham bila orang rasa kau better jadi bla bla bla. sedangkan kau dan aku punya satu jasad dan roh yang berbeza. tak mungkin apa yang kau dan aku inginkan sama bukan?

Ye, aku tahu aim untuk masa depan itu sangat penting.

Tapi takkan la aku nak bagitau pak haji kot aku nak pencen lagi 2,3 tahun, dan jadi freelance musician? -,-"
1 comment

Kewujudan Fida Aishah

Fida Aishah.
Satu nama komersial seorang anonymous blogger yang tidak asing lagi dalam industri blogger tempatan.
Satu nama yang pernah mencipta kontroversi satu ketika dahulu.
Satu nama kecil yang punya bakat besar dalam bidang penulisan.
Yang mana kini hanya tinggal sebuah kenangan tatkala blog tersebut telah hilang tanpa kesan.


Dan aku pula,
Telah ditemukan dengan Fida Aishah yang sebenar.
Ya, Fida Aishah yang benar-benar wujud di alam nyata.
Bezanya kewujudan mereka dalam dua jasad yang berbeza.
Seorang bernama Fida dan seorang lagi bernama Aishah.


and I am happy for having them both in my life. :)