Nasib Si Bujang

Dalam keadaan huru-hara akibat perletakan jawatan secara tiba-tiba, kedengaran suara nyaring dari suatu sudut di dalam ofis:

"Ha dia ni boleh. Orang bujang ni takde masalah pindah ke sana."
".....?"


Dalam kesibukan mencari helaian notis urgent dalam timbunan fail yang pelbagai:

"Awak boleh balik lambat tak ni?"
"Dia boleh je. Bujang kan takkan tak boleh pulak."


Okay fine. Orang bujang memang takde life. Kau boleh campak mana-mana kau suka, balik tak kira masa. Hidup diorang memang untuk berkerja semata-mata ye tak?

*lagu iringan: WTH by Avril Lavigne*

Moral of the story, sila berkahwin sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Jika anda tidak ingin menghadapi masalah seperti di atas.

Jajan Kegemaran

"Ni ha ada 'jajan' kegemaran kau time kau kecik dulu." 



Aku kurang pasti perkataan 'jajan' berasal dari bahasa Jawa ataupun bahasa Melayu kuno purbakala, yang dapat definisikan sebagai snek atau makanan ringan.


Sewaktu zaman kanak-kanak ribena dahulu kala, aku merupakan pelanggan tetap kepada sebuah kedai makanan ringan di hadapan sekolah. Dengan berbekalkan beberapa keping wang syiling, aku sudah mula bijak melabur pelbagai jenis makanan yang kurang berkhasiat bersama pewarna tiruan berlebihan, ke dalam perut sendiri. Lebih menerujakan sekiranya di dalam bungkusan makanan tersebut terdapatnya sebarang permainan atau sticker mamee monster percuma. Bila ada peraduan menawarkan hadiah-hadiah 'sejuk' (baca: cool) yang memerlukan kepakaran mengunyah snek secara kerap, dengan tujuan mengumpul sticker yang mempunyai imej yang berbeza setiap satunya, maka aku tidak akan melepaskan peluang bagi menyertai peraduan tersebut. Namun tidak pernah sekalipun impian untuk menghantar borang peraduan dapat dicapai, kerana ianya tidak pernah lengkap berikutan sticker yang diperolehi setiap kali memaparkan imej yang sama. -_-"


Dan disebabkan tabiat murni dan terpuji aku tersebut, sambil menikmati kelazatan snek kegemaran aku juga seringkali membelek bungkusan snek yang dibeli. Pastinya ada gambar seperti diatas, bagi menunjukkan bagaimana snek itu boleh dinikmati semasa menjalankan pelbagai jenis aktiviti harian.


Dan aku yang lurus bendul ketika itu, akan menganggap ianya seperti suatu INSTRUCTION; HOW-TO-EAT-THIS-SNACK. Dan aku akan seboleh-bolehnya WAJIB untuk mengikuti peraturan tersebut.


"Jajan yang dah tinggal secoet* tu pun kau tak habiskan siap bawak balik rumah tu kenapa?"
"Ye la, dah kat sini dia suruh makan bila tengok tv."
-_-"

*secoet = kuantiti yang sangat sedikit


Nasib baiklah area rumah aku tiada sebarang gunung berhampiran, kalau tak mungkin aku buat kerja gila panjat gunung semata-mata nak makan snek punya pasal. :B




Inilah si Popo yang tak pernah besar sejak aku sekolah rendah dulu. Mungkin tumbesaran beliau agak terbantut akibat pemakanan snek yang keterlaluan. Poor Popo. :/