The Biggest Gainer

'body yg menawan bukan untuk menunjuk tapi untuk lebih berkeyakinan (miss lolly, 2010)

aku setuju dengan kenyataan di atas. sebab aku rasa tahap keyakinan aku dah down tahap gaban skang ni. siap dulu aku nak konvo plan nak pakai topeng ultraman tak pun pakai mask penutup mulut H1N1 tu, supaya orang tak kenal aku atau perasan aku dah gemokkk. 

tension doh bila orang tegur cakap wahh dah gemok la kau, tak pun, gemokknya kauuu, ada mak datin bela kau ek? X___________X

*muke terkejut* oh snap!

semalam keluar beli seluar slack, seluar sedia ada dah tak boleh muat dah. iskk, sadis. lepas tu dengan yakin aku cakap saiz aku 31, saiz sebelum ni 30, so maybe 31 aku boleh pakai kot. sekali try, tarik ok je, sampai kat pinggang, ehh apsal tak boleh tarik kancing ni. waa.. lepas tu amek 2 seluar sekali gus, saiz 32 ngan 33. dalam hati doa banyak-banyak, harap-harap muat saiz 32 ni. lepas berusaha sedaya upaya tarik kancing seluar tu, berjaya jugak. tapi kalau aku pakai saiz 32 tu mau tak lama aku bernafas kat dunia fana nih. maka dengan berat hati aku pun ambik la saiz 33 tu. waahh bapak besar aku pakai saiz 33? dulu time aku gemok pun tak pernah pakai saiz sampai 33 rasanya. so kalau bukan gemok, ni apa namanya? T______________T

lepas tu sekarang ni aku tak berapa nak gemar duduk kat saloon potong rambut. sebab bila kat saloon kau akan ngadap cermin besar depan muka kau berjam-jam, pastu baru kau perasan muka kau tembam semacam je. selalu tengok cermin tak pernah perasan pun rasa macam lebih kurang je dari dulu. tapi bila dah tengok kat cermin lama-lama, baru tau ya tuhan gilerr bulattt muka aku! ah tensen bila duk ngadap cermin lama-lama kat situ.

aishh, apesal berat aku naik ek? aku kuat makan ke? takde maknanye. aku makan macam orang biasa-biasa je, orang luar biasa aku tak tau makan macam mana. malahan aku rasa aku makan dengan kuantiti yang lebih kurang daripada remaja yang seusia dengan aku (ceh ayat nak letak remaja kau ingat kau muda lagi ke?) nak cakap aku malas nak exercise, memang malas pun, tapi aku paksa-paksa jugak diri ni tiap-tiap minggu 2,3 kali jugak la pergi exercise. nak cakap aku tak usaha diet, aku usaha jugak ikut tips menarik kat sini, tapi rasanya tips tu tak terpakai kat diri aku la, kadar metabolisme dalam badan aku ni memang sedia malas macam tuan punya diri, kau paksa dia rajin pun tak boleh jugak dia memang semulajadi malas aku makan sentiasa dalam kuantiti yang sedikit supaya tak lapar pun boleh jadi gemok jugak nak wat camna. aku memang jenis yang cepat gila berat badan naik, nak turun punya la susah! haih.

ada fikir-fikir macam nak amek herbalife yang joe jual tu, tengok je la result yang dia tunjukkan, memang wahhh *excited* tapi tu la, aku takut jugak benda-benda pelik kena makan ni. takut ada side-effect kat body ke hape nanti. lagi satu dengar, benda ni mahal. kot? entah la kalau boleh aku nak kurus dengan cara yang normal, tak perlu makan itu ini, makan macam biasa, exercise sikit, tapi yang normal macam tak berkesan, maka kurang normalkah aku? -__-"

mak aku cakap perot aku dah sama saiz macam perot patrick star. wah, apakah?

4 comments

fndrocka | November 10, 2010 at 1:19 PM

Haha.aku lak baru2 ni pergi gunting rmbut..tgk mat cermin..terkejut...kemain kurus aku sekarang

slay | November 10, 2010 at 9:04 PM

hahaha siot je. perli aku arr tu.. @_@

AiMax... | November 14, 2010 at 3:39 AM

herbalife ok dude...rumate gua consume...ok jek, nak selamat..pegi gym, workout.

slay | November 15, 2010 at 9:51 AM

hehe ko dah try ke bro? dah pegi dah, lepas workout, plg byk pn berat kurg 0.5kg je. soknye naik blk. tiap2 kali mcm tu. bile nak kurusnye. haha sengal~