New Season








Sumber : Berita Harian


sinis tapi benar.
itu la kehidupan budak-budak sekolah.
masing-masing ingin sentiasa update dengan trend atau musim semasa.


macam adik aku.
yang selama ni tak pernah pun,
ambil tahu pasal bola.
ambil kisah dan peduli tentang bola.
tak pernah sepak bola.
dan entah tahu atau tidak bola itu bulat?
tiba-tiba je minat sangat nak tengok bola.


mak aku mungkin pelik dan hairan.
tapi tak bagi aku.


ianya normal.
di kalangan budak-budak sekolah.


bila sampai di sekolah pada hari esok.
akan di sapa dengan rakan-rakan.
"eh, kau tengok bola malam tadi? pergh Spain menang besar tu. aku dah agak dah."
ayat permulaan perbualan sebelum berpanjangan hingga cikgu kelas masuk.
kalau ada cerita yang lebih menarik,
lepas ucap selamat kepada guru.
sambung lagi tanpa henti.
kan?


masing-masing sibuk membahaskan tentang negara kegemaran.
pemain terbaik.
bangga tidak tidur malam semalam.
dan hadir ke sekolah dengan mata yang kuyu dan layu.
janji puas.


trend atau musim tidak terhad hanya kepada piala dunia semata-mata.
tapi pelbagai lagi musim yang datang menjengah untuk beberapa ketika.


dulu sewaktu di sekolah rendah.
masing-masing perlu gunakan pensil untuk menulis.
akan tetapi rakan-rakan seperjuangan masing-masing riak dan takbur menunjuk-nunjuk pensil picit-picit atau tekan-tekan yang mereka ada.
macam-macam jenis, macam-macam rupa.


tapi aku selaku anak guru.
memang diharamkan sama sekali menggunakan pensil yang sewaktu dengannya.
dengan alasan dakwatnya yang tidak terang.
berbanding dengan pensil kayu 2B.
memang aku cemburu ketika itu.
hilang salah satu nikmat menjadi kanak-kanak riang.
T_T


selain pensel, pemadam juga tidak mahu ketinggalan.
pelbagai rupa, corak dan warna.
kanak-kanak ribena memang suka mengumpul pemadam.
tapi bukan digunakan untuk memadam,
tetapi sebagai modal permainan.
"lawan pemadam"
jom lawan.
tekan pemadam tu.
pemadam siapa yang dapat menindih lawannya.
dialah pemenang!
:D



korang ingat lagi tak kereta mini 4wd dash yonkuro?
ala kereta kecil yang guna bateri AA dua biji tu..















Super Emperor
sumber : HS Blog



dulu time musim kereta mini ni.
penuh la longkang-longkang sekolah agama dengan kereta ni.
disebabkan budak-budak lelaki ni kreatif dan inovatif.
masing-masing tak sabar nak jadi engineer.
segala benda semua nak dibikin.
nak ditukar.


enjin kereta tu ditukar kepada macam-macam jenis.
enjin kaler hitam la, kuning la.
nak bagi laju katanya.
bumper bagi tukar bumper besi.
baru cun.
tayar tak dilupakan.
macam-macam jenis tayar ada.
untuk meningkatkan lagi potensi kemenangan semasa perlawanan.


tambahan lagi,
ada yang sanggup beli bateri cas.
semata-mata akibat gilakan permainan ni.
ye la, dah asyik main je bateri habis.
takkan asyik nak beli je kan?
bateri cas la di sambarnya,
apa lagi.


gasing dan guli juga tidak asing daripada permainan budak-budak sezaman dengan aku dulu.
bila seorang yang mulakan,
ramailah pengikutnya kemudian.
masing-masing hendak menunjukkan bakat terpendam.
hasilnya beg sekolah agama diisi dengan permainan dan bukanlah kitab-kitab agama.


selain itu.
salah satu permainan fevret aku dulu.
ialah bermain "ceper".
atau lebih dikenali sebagai penutup botol minuman.
pergi ke kedai yang menjual minuman gas yang masih menggunakan botol ni.
lepas tu mintak dengan tauke kedai tu.
ambil seberapa banyak yang mampu.
sebagai spare jika di rampas oleh cikgu kelak.
hehe.
;)


permainan ini melibatkan kepakaran di dalam mengawal keseimbangan,
menjentik dan mengagak.
tidak lupa juga menguji kesabaran korang.
sekiranya pihak lawan handal dalam permainan ini.
memang lama la korang nak kene tunggu mereka tamat giliran.
tapi memang best!

















ceper di Ali Cafe.



tidak lupa juga permainan batu seremban.
ambil beberapa batu kecil,
balingkan ianya ke atas,
dan tangkap!
aku tak berapa ingat corak permainan.
sebab dah lama sangat tak main.


satu lagi jenis permainan dulu kala.
yang dimainkan oleh budak-budak lelaki.
ialah lawan "King".
haha ini bukan "King" yang membawa maksud raja atau pemerintah sesebuah kawasan.
tetapi "King" ialah sejenis serangga yang boleh didapati di celah-celah daun pokok.
rupa dan sifatnya seperti seekor labah-labah.
tapi aku kurang pasti jika mereka terdiri daripada spesies yang sama.
sebab ianya bersaiz jauh lebih kecil.
mikro mungkin.
tapi sifatnya tak ubah seperti labah-labah.
membuat sarang di antara dua helai daun pokok.


ok, bagaimana nak bermain dengan "King" ni?
senang je.
kau ada seekor, aku ada seekor.
pertemukan mereka berdua.
lalu mereka pun mula menunjukkan kehebatan masing-masing.


haha ianya memang permainan melaga-lagakan binatang.
masing-masing memang bela haiwan ni.
lepas tu lagakan.


dan bila budak-budak yang bela.
dan haiwan tu pula sekecil kerengga.
kebarangkalian untuk "raja" tadi mati adalah sangat tinggi.
maka semakin pupus la keturunan "king" di bumi ini.


itulah sebuah kisah musim-musim permainan kanak-kanak riang
yang seusia dengan aku.
sewaktu sekolah rendah dahulu.


masuk ke alam sekolah menengah,
masing-masing dah sibuk berlagak dengan motor kapcai.
bikin motor tu sana sini.
sibuk nak hisap rokok kat tandas busuk.
sibuk bergayut di telefon awam.
dan yang sewaktu dengannya.


apa pun itu semua sebuah memori silam.
yang sangat berharga
dan tidak boleh ditukar ganti.

Sebuah Kisah Setan Pencen

Terdapat pelbagai komen dan kritikan yang kurang memberangsangkan bagi filem ini oleh peminat-peminat novel popular Ahadiat Akashah; Lagenda Budak Setan,
Kerana dikatakan tidak dapat memenuhi expectation mereka,
Namun ianya masih sebuah filem tempatan yang menarik untuk ditonton.


Ya, memang tipikal cerita-cerita melayu yang mengundang air mata,
Ya, memang jalan cerita berlalu dengan agak pantas,
Dan ya, memang Kasha tak berapa nak setan untuk menjadi lagenda,
Tetapi ianya berjaya digarap dengan secukup rasa.


Agak kurang menarik pabila aku tonton cerita ni selepas mengetahui sedikit sebanyak jalan ceritanya.
Aku tak pernah membaca novelnya, tetapi filem ini telah diulas secara kritikal oleh Basuh Baju.
Aku tak fikir pun aku akan tonton cerita ni, tetapi tak sangka minggu lepas aku ditakdirkan untuk menontonnya.
Ye la, menemani ibu tersayang pergi menonton. :)


Kasha daripada sifat kesetanannya berubah menjadi lebih baik tatkala sang hati mula terpaut kepada si gadis bernama Ayu.
Kasha merupakan seorang watak yang sangat setia pada cintanya.
Sanggup menerima gadis itu seadanya,
Walaupun pernah terlanjur dengan bekas kekasih, walaupun telah menggalas gelaran "janda", Walaupun rupanya telah berbeza, walaupun memorinya telah hilang,
Kasha tetap terus sedia bersabar menunggu dan menerimanya dengan hati yang terbuka.


Ayu pula setia pada cinta namun terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya bukanlah dengan si Kasha, tapi si Azmi, bekas kekasih hati.
Janji yang dibuat terpaksa dimungkiri, demi menjaga hati si ibu.


Azmi? Terlalu cintakan bekas kekasihnya, Ayu dan sangat menggilakannya.
Ya, akibat gila dengan cinta manusia boleh berbuat apa sahaja.


Filem ini berjaya bermain dengan emosi penonton seolah-olah berada di dalam diri watak kisah tersebut.
Kerana aku sendiri dapat merasakan pernah berada di tempat Kasha, Ayu dan Azmi.
dan mungkin juga akan melalui keadaan Katerina.
Suatu hari nanti.


Aku tertarik kepada ungkapan kata-kata Kasyah,
"Saya mencari cinta, bukan mencari perempuan."


Memang benar,
Sekalipun sepuluh, seratus perempuan cantik, hawt, dan cukup sempurna,
Hadir ke dalam hidup kamu,
Namun tidak semudah itu melupakan cinta nan satu.
Tidak semudah itu diganti atau menggantikan.


* * *


Kita mencari di mana tulang rusuk kita.
Secara tidak sedar mungkin telah lama berdiri di hadapan kita.
Atau berada di suatu sudut dunia.
Yang mana belum lagi ditakdirkan untuk berjumpa.
Ada yang perlu mengharungi lebih daripada satu akad nikah untuk menemui cinta sejati.
Semua hal ehwal itu kekal menjadi suatu misteri.
Rahsia Allah yang hanya diketahui-Nya.

tag.01

tag oleh Misz Syafa.
pada 13 June 2010 : 11.36 am.



1. ADAKAH SAYA HOT ?

Tidak. Saya Cool. xD


2. UPLOAD WALLPAPER YANG DIGUNAKAN


















3. CERITAKAN PASAL WALLPAPER

Ya, saya gilakan Patrick Star.
Watak paling kelakar dalam Spongebob Squarepants.


4. KALI TERAKHIR MAKAN PIZZA
Dah lama sangat la. Lupe dah.


5. LAGU PALING LATEST KAU DENGAR
Gio : Bila Cinta


6. APA YANG DIBUAT SELAIN SELESAIKAN TAG
Blog Walking


7. SELAIN NAMA SENDIRI DI PANGGIL NAMA APA ?
Babe, Yayang.


8. TAG 8 ORANG LAGI
Rahimah
(Ya, saya tahu kamu telah ditag, tapi kamu kan ada 2 blog,
sila jawap di blog yg kedua! :))

Nona Nadzirah
Apai
(maaf, follower tak cukup 8 orang)
dan siapa-siapa lagi la yg TER-baca entry ni.


9. SIAPAKAH ORANG NO.1 PADA ANDA
Seorang janda gebu yang baru single,
dan baru melangkah ke dunia kerjaya.
Bakal menjadi ibu kepada anak dalam jumlah yang banyak.
Kerana impian beliau ialah,
"Lepas kahwin nak buat anak banyak-banyak"
(-_-")


10. KATAKAN SESUATU PADA NO 5.
Kau sokong negara mana?


11. NO.3 ADA HUBUNGAN DENGAN SIAPA YE....
Dengan No. 1 kot. Bakal! :D


12. BAGAIMANA DENGAN NO. 4
Merah je mata. Tak cukup tidur malam tadi?


13. PESANAN PADA ORANG NO.6
Merah tanda berhenti.
Ingatlah orang yang tersayang.
Jangan jadi seperti ayam.
T_T


14. KATA-KATA CINTA UNTUK NO. 2
"l'amour est aveugle"


15. 5 PERKARA YANG ANDA TAU TENTANG ORANG YANG MENGETAG ANDA
~010188~ obses dengan camera + handphone + kucing + moody + happy + tegas + simple + pemalu + berusaha ke arah lebih baik + pelajar UTM sepenuh masa + pencinta view + family 1st + puteri tunggal dari 2 sibling lelaki + susah mencuba makanan baru + setia pada satu benda untuk tempoh yang lama + superbike + chocolate + menulis (copy paste drp blog beliau!)

+ bakal menjadi ibu yang garang dan penyayang!
:P


16. GAY OR LES
I'm flexible. Kahkahkah!


17. PERASAAN ANDA SEMASA MENJAWAB TAG INI
Agak teruja menjawap soalan tanpa perlu melalui study week yang membosankan.
tanpa melibatkan sebarang penggunaan akta.
tanpa tekanan.
tanpa paksaan.
:)

kesimpulannya,
sila tag saya lagi.
saya terlalu free.
dah bersara awal la katakan.
xD


tag telah diselesaikan oleh Slay.
pada 13 June 2010 : 11.22 pm.

bola sepak = kick ball / ball kick??

demam bola sudah bermula lagi.
oh, aku tak minat bola pun,
jadi tak payah makan ubat demam.

tapi korang terpikir tak,
siapa yang paling gembira sewaktu musim piala dunia kembali lagi?



orang-orang afrika?



ronaldinho?



david beckham?



penyokong-penyokong italy?



abang-abang kau?



tauke al-ikhsan?




sila cuba lagi.



*


*


*


yes, tepat sekali.


mamak!



















teh tarik satu, siap!

p/s : inginkan cerita menarik mengenai piala dunia yang diulas oleh penulis-penulis hebat? klik sini

Polaroid

selamat pagi dunia!
selamat pagi cinta!
selamat hari sabtu!

mulakan hari anda dengan senyuman!












tuan punya kambing : cikgu azemi


baiklah kawan-kawan.
pada pagi sabtu yang indah ini.
mari saya kenalkan kamu semua dengan satu software.
yang hensem, kacak, bergaya, hawt, dan sangat sangat comel ni.

















nama sebenar beliau polaroid.
nama timangan polar, nak panggil roi pon buleh.

sebelum tu.
kau tau tak polaroid tu sebenarnye apa bende?
mari kita buat sedikit research.

Polaroid is the name of a type of synthetic plastic sheet which is used to polarize light
Polaroid is also used as a trade name for a variety of products sold by licensees of the Polaroid Corporation, including consumer electronics, sunglasses based on Polaroid polarisers, and instant-print photographic film and cameras
(Source : Wikipedia)
















inilah kamera polaroid sebenar.


dalam kata lain,
fungsi beliau adalah seperti berikut.

sebelum :

































selepas :










































eh eh, dah macam iklan kuruskan badan pulak. ;p

cara menggunakannya sangat mudah.
hanya tarik gambar yang diingini.
ke kamera polaroid tersebut.

kemudian,
bunyi nyaring kamera akan kedengaran.
menunjukkan gambar anda sedang diproses.

sila tunggu beberapa tika.
dan.
Siap!

yang lagi menarik.
jika anda telah menggunapakai software ini untuk banyak kali.
beliau akan sampaikan pesanan ringkas seperti berikut:









haha, gile comel kan?

dan.
klimaks kepada kehebatan software ini adalah.
PERCUMA!

dapatkan segera!
sementara stok masih ada!
taip ON POLAROID ke 22333.

wei wei.
kau betul2 taip tu apesal?
aku main-main jer la.

untuk dapatkan software ini sila tekan sini.
enjoy ya! ;)





















source : Tukang Karut


polaroid - it's not just about a photo. it's about the memories reflect by them.


p/s : kredit kepada Elsa Soraya untuk software ini. thanks! :)

mindtrap



















Sumber : MILQ



aku nak tidur untuk 1 jam.
jam menunjukkan pukul 9.30 pagi.
aku set alarm pada pukul 10.30 pagi.


lalu aku pun tidur.
tapi lepas setengah jam aku dah terbangun.
aku tak buleh tidur semula.
maka aku pun bangun dan tengok movie.


movie tu aku dah pernah tengok kat wayang.
tapi masa tu kurang fokus dan tak tengok sampai habis.
tapi kenapa?
aku kurang pasti apa puncanya.


maka,
sewaktu aku khusyuk menonton movie tu.
aku terkejut.
tatkala alarm henfon aku berbunyi.
menunjukkan jam sedang berdetik pada pukul 10.30 pagi.


* * * * *


eh?
aku mimpi rupanya?
aku ingat aku tak buleh tidur tadi.
rupanya aku sedang mimpi yg aku tak buleh tidur.
(-_-")


dan.
masa aku tengah blur2 tu.
aku baru teringat.
aku tak pernah pun download movie tadi.
macam mana pulak aku buleh tengok?
dan aku tak pernah pun tengok wayang muvie tadi?


wait!
adakah aku sedang menaip entry di alam nyata?
atau kejap lagi aku tersedar bahawa aku cuma mimpi lagi?
atau aku memang tak pernah ada blog?


betul ke umur aku dah 23 tahun?
atau kejap lagi mak aku kejut bangun pergi jawap exam SPM.
+__+


ah. aku sedang merepek.
layankan.