Gathering : Mari Mengundi!

Rata-rata kini hampir semua orang memiliki akaun facebook, atau dalam bahasa Melayunya, mukabuku. Betul tak? Tapi kenapa korang perlu ada facebook? Kebanyakan daripada pengguna laman web sosial ini memberikan satu jawapan tipikal, iaitu untuk berhubung semula dengan rakan-rakan lama. Rakan-rakan lama ini termasuklah rakan sepermainan ketika kanak-kanak ribena, kawan seperjuangan di sekolah rendah dan menengah, hinggalah rakan sekelas di menara gading. Akibat kesibukan dengan urusan harian membuatkan korang terputus hubungan sesama mereka, mungkin juga nombor telefon yang telah beberapa kali bertukar, membuatkan mereka sukar dihubungi kembali. Namun dengan kehadiran laman web sosial popular, facebook, membolehkan mereka berhubung semula dengan sahabat lama ini dengan semudah menaip nama mereka di laman tersebut.

Setelah tersenarai di dalam kelompok rakan mereka di facebook, korang mula bertanya khabar dan mendapatkan berita terkini perihal rakan korang tadi. Pelbagai kisah dan gosip yang ingin dikongsi bersama setelah sekian lama tidak berjumpa. Namun, bertemu di alam maya tidaklah sama mahupun serupa langsung perasaannya jika dibandingkan dengan pertemuan di alam realiti. Bagaimana sekiranya korang diberikan peluang untuk bertemu dan berkumpul bersama-sama bagi berkongsi cerita suka dan duka dengan mereka semula setelah berpisah untuk suatu jangka masa yang agak lama?

Maka, hari ini aku ingin menawarkan kepada korang semua satu peluang keemasan untuk bertemu dengan rakan-rakan lama anda dengan mudah! Saudara Joegrimjow bercadang untuk mengadakan gathering kepada para pengguna facebook, blog, dan twitter yang terbesar di Malaysia. Dan yang lebih hebat lagi, ianya Percuma! Wow! Korang tak payah susah-susah nak fikir untuk aturkan gathering bagi rakan-rakan korang semua, uruskan itu ini, tapi cuma perlu datang dan beramah mesra dengan rakan taulan je. Borak sampai penat, ambil gambar sepuas hati. Silap-silap, mungkin jumpa rakan lama lain yang takde akaun facebook kat gathering tu nanti (assume dia blogger). Atau berkemungkinan juga, berpeluang jumpa sanak saudara jauh yang cuma jumpa setahun sekali bila bulan syawal menjelma. Yang blogger pula, masa ni lah peluang untuk promotsi blog masing-masing.  Boleh juga ambil kesempatan jumpa blogger-blogger popular untuk dapatkan tips-tips menarik! :) Ataupun, korang boleh ambil peluang ni untuk tambah lebih ramai kenalan baru yang terdiri daripada facebooker, blogger, dan tweeple! Berdua lebih baik, kan? :D

Namun begitu, bagi merealisasikan gathering ini, joegrimjow memerlukan sedikit bantuan daripada korang semua. DiGi sedang mengadakan contest kepada youth yang memberikan idea yang menarik untuk mengadakan apa-apa aktiviti bersama kawannya. Kawan-kawan disini, maksudnya kamu semua! Ya, kamu dan kawan-kawan kamu! Agak-agak korang apa hadiah yang bakal diterima oleh pemenang contest ni? Pemenang  akan memenangi RM10,000 bagi merealisasikan idea yang mereka cadangkan tadi! :)

Maka, apa yang korang perlu buat untuk bantu joegrimjow menang contest DiGi ni? Senang, korang hanya perlu undi entri joegrimjow sebagai pemenang! Sangat mudah, tak perlu taip AFUNDI dan bazirkan kredit handphone korang untuk mengundi, ataupun beratur panjang untuk memangkah calon pilihan korang. Korang hanya perlu ke link ini, like DigiYouths di facebook dan start mengundi! Eh, tapi jangan lupa mengundi entri 'when blogger, tweeple and facebooker meet together'! Undi entri terbanyak yang diterima akan memenangi contest ni. Korang juga boleh postkan di wall facebook korang untuk galakkan rakan-rakan lain mengundi bagi turut sama merealisasikan gathering terbesar ini!

Jika korang rasa korang takkan sertai gathering ni, ataupun memang tak berminat untuk menyertai gathering ni, ataupun tertanya-tanya apakah faedah kalau korang undi beliau sebagai pemenang, maka apa kata korang baca semula entri aku kat sini. :)

Akhir kata, sebelum kita undi joegrimjow di pilihanraya akan datang, apa kata kita undi beliau untuk contest ni terlebih dahulu!


Sekiranya joegrimjow ditakdirkan untuk memenangi contest ni, kemenangan ini bukanlah milik beliau seorang semata-mata, tetapi ini adalah kemenangan korang semua! eh, eh, dah macam ahli politik pulak aku ni. -_-"

Entri penuh beliau mengenai contest ini boleh terus rujuk ke sini

'Kita dilahirkan saya, kau dan aku. tapi kita menghabiskan masa mencari kawan, teman, geng, mencari kawan-kawan yang kita boleh berhubung, mencari sahabat-sahabat sejiwa, mencari kami, menjadi KAMI' (KAMI, 2007)

Masa Depan Ehoza.com

02.02.2020 : Ehoza kini menjadi sebuah fenomena di kalangan penduduk bumi merangkumi segenap lapisan usia. Tidak hanya terhad menjadi perbualan hangat oleh golongan remaja dan muda-mudi negara, malahan dari kalangan kanak-kanak ribena juga. Joe, 5 tahun, memberikan komen bahawa beliau memuat turun game terbaru untuk konsol IceBox v6 miliknya, dari laman forum Ehoza.com. Bukan itu saja, pakcik Sarip, 65, yang aktif melepak di kebanyakan kopitiam berhampiran dengan tempat tinggalnya juga turut bersembang dengan rakan taulan mengenai hal politik dan isu semasa, yang mana turut mendapatkan maklumat tersebut dari sumber yang sama, iaitu Ehoza.com.

Selain itu, Ehoza juga dipercayai kini berada di kedudukan teratas mendahului laman web sosial popular, Facebook, dan disebabkan perkara ini menimbulkan rasa ketidakpuashatian beberapa pihak dari negara luar. Oleh sebab itu, kebarangkalian untuk laman forum ini dicopkan sebagai markas pengganas adalah sangat tinggi berikutan Big Boss kepada laman forum ini merupakan seorang yang beragama Islam dan tambahan pula beliau cukup menitikberatkan perihal auratnya yang sentiasa dijaga setiap masa.

Inilah rupa yang bakal di buru oleh kebanyakan badan perisik antarabangsa dari negara Barat

Tambahan lagi, kedudukan Ehoza.com sebagai gedung informasi terkini juga turut menimbulkan kontroversi dimana kebanyakan perpustakaan di seluruh negeri didapati lenggang tanpa sebarang pengunjung kerana kemudahan memuat-turun E-Book di laman forum Ehoza.com turut disediakan. Selain itu, sebagai salah satu sumber maklumat utama di alam maya, Ehoza.com juga turut mengancam kedudukan Google sebagai sumber carian maklumat paling popular oleh kebanyakan pengguna internet. Malahan pula, cucu kepada sotong Paul, iaitu Paula, juga turut membuat ramalan bahawa pada masa akan datang, Ehoza.com akan berjaya mengatasi kepopularitian laman sesawang Google dan mencipta suatu revolusi terhadap industri alam maya tempatan ke peringkat antarabangsa.



Apakah agaknya rahsia di sebalik kejayaan cemerlang laman forum ini? Ehoza telah diperkenalkan oleh 2  orang Big Boss kumpulan gengster yang cukup terkenal dan digeruni di seantero Bandaraya Batu Pahat, yang hanya ingin dikenali dengan nama samaran; Apect dan Ayam. Di awal pertubuhan ehoza, ianya lebih bertujuan untuk memperluaskan empayar jajahan kumpulan gengster tersebut, namun selepas menonton drama bersiri Nurkasih dan filem Syurga Cinta, akhirnya mereka mendapat taufiq dan hidayah, seterusnya mereka mula berhijrah ke jalan yang benar. Maka sejak itu, kepentingan politik mereka telah berubah arah dengan mewujudkan suatu komuniti maya yang bersatu padu berlandaskan prinsip kemasyarakatan dan ukhwah sesama insan. Perkara ini telah dibuktikan dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan oleh ahli-ahli forum ini bagi memberikan mereka peluang untuk beramas mesra sesama mereka.

Namun begitu, di sebalik semangat keamanan dan keharmonian yang telah dipupuk didalam komuniti Ehoza.com, juga terdapat sedikit ancaman dari beberapa ekor "Buaya-Buaya Darat" yang dikatakan telah tersesat ke Asia Tenggara yang dipercayai berasal daripada Hutan Amazon. Buaya-buaya ini dipercayai seringkali dilihat berlegar-legar di ruang "Very Nice Stuff (VNS)" dan menjadikan ruang tersebut sebagai sarang utama bagi kegiatan mereka. Seringkali menjadikan Maria Ozawa dan Luna Maya sebagai "sumber makanan"  harian mereka, buaya-buaya ini juga turut dipercayai sangat aktif mendapatkan sumber-sumber video 3GP yang masih hangat di pasaran, tidak terhad kepada gadis-gadis di dalam mahupun luar negara. Walaubagaimanapun, pergerakan buaya-buaya ini masih dapat dikawal oleh pihak moderator yang cukup cekap dan efisyen semasa menjalankan tugas dan amanah yang diberikan bagi menjaga keamanan rukun tetangga di Ehoza.com ini.

Kini, Ehoza.com juga terbukti memberikan impak yang cukup hebat kepada masyarakat negara ini, sebaik saja sistem SMS dan MMS mula diperkenalkan oleh para admin pada awal tahun ini (2020). Kemudahan ini disediakan kepada para ahli bukan sahaja untuk memastikan mereka sentiasa mendapat maklumat  terkini secara berterusan mengenai hal ehwal semasa sama ada dalam mahupun luar negara, malahan juga membolehkan mereka berkongsi maklumat baru dengan kaedah yang lebih mudah dan ringkas. Kepesatan pembangunan laman forum popular ini dijangka akan dapat menaikkan lagi nama Malaysia ke mata dunia. Akhir kata, majulah forum untuk negara. - Bernama, Slay.

Kepada pembaca yang tertanya-tanya apakah motif penulisan entri ini, sila rujuk link ini. Terima kasih.

Sekalung Tahniah, The Saliq

Rasanya tak terlambat lagi untuk aku ucapkan tahniah kepada pemilik blog, "Beyond Aqasha" diatas perkahwinannya pada 10 Oktober yang lepas. (macam la dia baca blog kau labu -_-") Blog beliau merupakan antara blog yang terawal aku follow dan di dalam senarai blog rare yang sukar ditemui pada masa kini.

warna kuning sebagai tanda "raja" sehari

Terus terang, sebelum ni, aku bukanlah minat sangat kat beliau. Bagi aku, Aqasha hanyalah sebuah nama yang telah bertapak di dalam industri seni tanah air. Sebut je nama dia, orang tahu siapa dia. Tapi takde lah sampai nak woahh, itu Aqasha! Jauh sekali. (Bagi aku la, tak tau orang lain) Sampai lah satu hari kawan aku cadangkan untuk baca hasil karya yang menarik di dalam blog miliknya. Dengan ragu-ragu dengan kenyataan tersebut, aku pun mengetuk papan kekunci hingga paparan thesaliq.blogspot.com muncul di skrin komputer. Dan lepas aku habis membaca, aku pun jerit woahh, inikah Aqasha? (dalam hati je bro)

Berbalik kepada majlis perkahwinan beliau tadi, aku cukup kagum dengan beliau yang cukup low-profile dalam menguruskan hal ehwal hubungan sesama manusia berlainan jantina ni. Takde la macam sesetengah artis yang kecoh satu malaya bila ada hubungan dengan si dia, kamu, dan kau, peluk sana peluk sini, possing maut situ sana sini, lepas tu bila wartawan temuramah, jawapan tipikal artis yang diberi "kami hanya kawan". Dah tu bila hubungan tu putus, masuk suratkhabar muka depan la apa lagi. Ada pulak yang nak berumah tangga, suka sangat nak sorok-sorok lepas tu tiba-tiba je kantoi kawen dengan orang putih. Setahun dua kemudian, sibuk berperang naik turun mahkamah pakai cermin mata hitam beli kat pasar malam. Aishhh.

Kepada Aqasha : Kau mantain cool la bro! Takde pun dengar gosip-gosip ke kontroversi ke pasal awek kau, (ke aku yang tak ambik tau?) tiba-tiba je dah selamat bernikah. Alhamdullilah. Bila aku tengok kau pakai baju pengantin kat sini semalam, aku ingatkan tu cuma scene kau berlakon dalam filem terbaru je! Rupanya memang betul kau dah diijabkabulkan. Apapun, semoga rumah tangga yang kau bina kekal hingga ke akhir hayat. Dan semoga kau terus berkarya dan memeriahkan persada seni tempatan.

Random.01

This is the original photo from my Nikon D5000. Why I didn't use Photoshop? Not I don't want to, but I don't know how to. Yeah, seriously dude. -_-"

I just know to add some text on the photo (watermark). So, readers, if is there any nice blog about photoshop tutorial, tips and tricks, please let me know. :)

_DSC0106
Double-click to enlarge

_DSC0479
Double-click to enlarge 

_DSC0195
should I repeat again? pfft.

_DSC0489

_DSC0196

_DSC0465

_DSC0581

Berita Hari Ini

JOHOR BAHRU, 10 Oktober : Benarlah kata orang, malang tidak berbau. Sewaktu penulis pulang dari makan tengah hari di sebuah arked dalam kawasan universiti, penulis terserempak dengan satu kejadian yang tidak diduga. Seekor ikan kelisa ditemui maut, manakala pemandunya pula mengalami cedera ringan. Segala isi ikan kenderaan tersebut telah dimuntahkan jauh keluar daripada perutnya ke kawasan sekitar. Roomate penulis memberhentikan motorbike motorsikal di bahu jalan, dan kami menolong apa yang termampu: mengutip helaian kertas dan sebarang benda lain milik mangsa yang bertaburan di sekitar jalan. Sedikit terkejut bila penulis mendapati barang milik mangsa tercampak jauh ke seberang jalan. Ternyata impak kemalangan tersebut agak kuat kepada si mangsa.

Pokcik tu takde kena mengena dengan kisah ni, saje je possing maut nak masuk blog.

Kelihatan tidak jauh dari tempat penulis berdiri, terdapat beberapa manusia yang prihatin sedang membantu mangsa, termasuklah kakitangan pusat kesihatan. Punca kejadian ini berlaku masih menjadi misteri dan tanda tanya, (memerlukan bantuan kebijaksanaan detective conan mungkin) kerana mangsa yang merupakan seorang wanita masih mengalami trauma teruk dan asyik menjerit-jerit ke mana hilangnya laptop kesayangan miliknya, yang akhirnya ditemui di bawah kereta tersebut. Bagaimana laptop tu boleh terjun menyelamatkan diri di bawah kereta? Ianya memang tersangat misteri. -_-"

Untuk pengetahuan semua, kemalangan ini berlaku tanpa melibatkan pihak kedua dan ketiga, yang mana hanya melibatkan mangsa dan kelisa milik mangsa semata-mata. Beberapa manusia yang berada di tempat kejadian membuat andaian bahawa kemalangan ini berpunca daripada kelajuan kereta yang dipandu, ataupun kelalaian pemandu itu sendiri.

Nak dijadikan cerita, dan menambahkan lagi kemisterian kisah ini, wanita (mangsa) tersebut juga daripada arked yang sama, iaitu tempat kami lunch sebelum kejadian berlaku. Bekerja di salah sebuah kedai minuman di situ, menurut salah seorang manusia prihatin yang berhenti di kawasan kejadian. Manusia prihatin dan rakan beliau turut berada di arked yang sama pada waktu kami menikmati juadah tengah hari. Roomate penulis juga turut mendakwa melihat wanita tersebut di arked sebelum kejadian itu berlaku. Penulis? Memang tak pernah ambil kisah hal ehwal sekeliling. Pelik dan hairan, beberapa manusia yang berada pada tempat yang sama sebelum kejadian berlaku (arked), yang tak kenal satu sama lain, dan kini berkumpul di satu tempat lain pula, yang cukup jauh dari kawasan arked tadi, berkomunikasi antara satu sama lain tentang satu ceritera yang sama. Inilah yang dinamakan, takdir tuhan.

Kes kemalangan adalah perkara biasa yang berlaku di jalan raya. Sangat tipikal. Maka apa yang luar biasanya dengan kes kemalangan yang satu ni?

Jalan yang terlibat merupakan jalan yang aku lalui setiap hari untuk ke kuliah. Eh takde la setiap hari, kuliah aku 2 hari seminggu je. :P Tapi boleh dikatakan laluan harian lah. Dan biasanya, aku pandu kereta di kawasan tersebut dengan purata kelajuan antara 70 hingga 80 km/j. Huh, ape pasal? Satu, sebab kalau kelas aku bermula pada pukul 8 pagi, maka pukul 8 pagi lah aku baru keluar bilik. Jangan tanya kenapa. Dua, sebab tu satu-satunya jalan yang tak mempunyai sebarang bonggol di kawasan universiti. Lebih dikenali sebagai highway universiti. Tiga, tiada sebarang papan tanda had kelajuan dipamerkan di kawasan tersebut.

Tapi, jika kesemua sebab atau alasan tu takde sekalipun, aku tetap pandu laju juga, sebab aku memang suka pandu dengan laju dan berbahaya. Erkk? T___T

Ye ye, aku tahu. Jangan jadi seperti ayam, ingatlah orang yang tersayang.

Harap aku dapat pengajaran daripada kisah tadi. Kalau apa-apa hal, sape yang nak update blog ni pulak kan? Doakan aku insaf. Wassalam.

Penceroboh Akan Ditembak

Hey, entri kali ni mungkin sedikit bosan, sebab aku nak menulis mengenai undang-undang! Aku bukan seorang pelajar jurusan undang-undang, tetapi aku belajar sedikit sebanyak mengenai perihal undang-undang yang digunapakai di negara ini.

Sewaktu pensyarah aku tanya kepada para pelajar kelas aku hari tu, yang mana ayatnya secara ringkas adalah lebih kurang begini, "Once a person trespass private property, and the owner take action to kill him, but the owner get sentence for a jail for killing the trespasser. What do you think about that?"

Aku cuma tersenyum tatkala mendengar kata-kata pensyarah aku tu. Kerana secara automatiknya aku teringat kembali entri yang pernah ditulis oleh Ariff Shah beberapa ketika dahulu, yang mana beliau berpendapat bahawa jika terdapat penceroboh / penyamun / perompak / penyangak atau apa-apa gelaran lain yang sewaktu dengannya, apabila memasuki ke dalam kawasan rumah kita tanpa diundang, maka kita seharusnya membuat tindakan pantas dengan membunuh mereka sebelum mereka sempat berbuat apa-apa yang tidak diingini kepada kita. Jika kita hanya bertindak mencederakan mereka sahaja, mereka berkemungkinan marah dan bertindak dengan lebih ganas dengan menyerang kita, lebih-lebih lagi jika terdapat lebih daripada seorang penceroboh. Persoalannya disini, adakah kita akan didakwa ke atas tuduhan membunuh tersebut, walaupun kita claim yang kita hanya cuba untuk mempertahankan diri sendiri?

Begini, di bawah undang-undang tort yang digunapakai di Malaysia, terdapat beberapa tindakan yang perlu dibuat apabila berhadapan dengan penceroboh seperti ini :

1) Kenal pasti rupa fizikal dan jangkaan usia penceroboh tersebut.
2) Minta mereka keluar daripada kawasan rumah anda.

Ya, memang tidak logik bukan? Dah tentu penceroboh tu masuk dengan tujuan yang tak baik (kalau tak buat apa nak ceroboh), nak pulak diorang keluar bila kau suruh diorang keluar? -_-" Tapi harus difahami, inilah apa yang telah diperuntukkan di bawah undang-undang negara ini.

Dan berbalik kepada persoalan di atas tadi, jawapan yang dicari adalah ianya tidak dibenarkan sama sekali dan menyalahi undang-undang negara ini. Ini kerana terdapat kes mahkamah sepertimana situasi di atas menyebabkan pembunuh penceroboh ini (pemilik rumah) dihukum penjara akibat tindakannya tersebut. Tapi kenapa?? Sabar, nanti aku jelaskan.

Akan tetapi, keadaan yang sebaliknya akan berlaku sekiranya kau nampak penyagak tadi mempunyai senjata yang boleh digunakan untuk mencederakan kau atau sesiapa sahaja, maka kau boleh bunuh beliau atas tujuan mempertahankan diri sendiri. Diulangi, bila kau nampak, dan selagi kau tak nampak, kau tak boleh buat apa-apa tindakan yang melampaui batas.

Satu lagi benda aku nak kongsi dengan korang adalah mengenai signboard ni :


Aha, pernah jumpa tak kat mana-mana? Agak-agak korang la benda ni sah tak dari segi undang-undang? Jawapannya, tidak. :) Kenapa? Sebab yang sama bagi persoalan di atas, kerana pencerobohan hanya boleh didakwa di bawah undang-undang sivil, dan pembunuhan pula di bawah undang-undang jenayah. Ianya merupakan dua elemen yang cukup berbeza. Hukuman pembunuhan hanya boleh dilaksanakan oleh badan yang telah ditugaskan oleh menghukum penjenayah tersebut, yang mana dihukum di bawah undang-undang jenayah, (gantung sampai mati) dan tindakan pencerobohan hanya boleh menyebabkan dakwaan dibuat (saman) kepada pesalah di bawah undang-undang sivil. Ahahaha korang paham ke? Blur je aku tengok muke sorang-sorang. Buat-buat paham dah la ek. Tak paham tanya aku okay.

Tapi apape pun, ada ke yang berani nak masuk kawasan orang yang dah letak signboard macam ni? Dah tentu orang dah bagi amaran keras awal-awal lagi, tak kira tindakan tu betul atau tak dari sisi undang-undang, kalau kau masuk jugak kau memang saje menempah maut!

Menghadapi Hari Konvokesyen


Hari konvokesyen merupakan salah satu hari penting bagi kebanyakan graduan universiti yang telah berjaya menamatkan pengajian setelah bertungkus-lumus menimba ilmu di menara gading. Disebabkan ianya hari yang penting, maka ianya perlu dirancang dengan cukup teliti bagi memastikan hari tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna. Di sini aku senaraikan beberapa perkara yang perlu diambilkira sebelum menghadapi hari konvokesyen :

1) Sediakan wang yang secukupnya.
Perkara ini sangat penting kerana kamu akan gunakan wang dalam jumlah yang banyak sebelum, semasa dan selepas hari konvokesyen nanti.

2) Booking hotel lebih awal.
Jika lokasi universiti kamu agak jauh daripada tempat tinggal kamu, dan kamu berhasrat untuk tinggal di situ untuk satu tempoh tertentu, pastikan reservation untuk hotel / rumah tumpangan telah dibuat bagi tempoh beberapa bulan sebelum hari konvokesyen berkunjung tiba.

3) Buat tempahan bunga lebih awal, jika perlu.
Jika kamu ingin hadiahkan kepada rakan-rakan atau awek-awek atau isteri-isteri kamu sejambak bunga kerana mereka turut sama terlibat di dalam konvokesyen tersebut, apa kata buat tempahan di kedai bunga lebih awal, maka ianya boleh diambil sebelum hari tersebut berlangsung. Lebih afdal lagi jika kamu tanam pokok bunga sendiri setahun lebih awal, maka kamu dapat memetik hasilnya untuk kegunaan masa tersebut (assume kamu tinggal di Cameron Highlands :P)

4) Buat juga tempahan untuk gambar studio, jika perlu.
Jika kamu tak sekaya rakan aku yang slumber je beli jubah konvo semata-mata untuk bergambar studio bersama ahli keluarga, aku sarankan kamu buat tempahan bagi gambar studio, jika kamu ada berhasrat untuk berbuat demikian.

5) Pergi ke pesta konvo tanpa membawa wallet / purse.
Ini bagi mengelakkan daripada sebarang pengaliran mata wang ringgit yang berlebihan berlaku di sekitar kawasan ini.

6) Gosok baju lebih awal.
Tolong jangan lengah masa untuk gosok segala baju, jubah, dan pakaian yang ingin dipakai pada hari tersebut.

7) Charge bateri telefon bimbit.
Pastikan bateri anda telah di charge hingga full bar kerana telefon bimbit akan menjadi alat komunikasi terpenting selepas anda keluar daripada dewan dimana majlis konvokesyen berlangsung. (sekiranya majlis berlangsung di dalam dewan dan bukanlah padang golf mahupun kandang kuda T___T)

8) Tidur yang secukupnya.
Pastikan korang tidur awal pada malam sebelum hari konvo dan bangun pada awal pagi dengan segar dan ceria. Tidur yang cukup adalah penting bagi memastikan hari yang anda lalui cukup ceria dan tidak menguap berkali-kali seperti penulis di dalam dewan sebelum, semasa, dan selepas majlis konvokesyen dijalankan. -_-"

9) Datang ke universiti lebih awal.
Jika tiada sebarang kesulitan, terutamanya yang telah bekerjaya, adalah digalakkan untuk datang ke universiti lebih awal daripada yang dijadualkan. Masa yang ada adalah cukup terhad, maka gunakan ianya sebaik mungkin.(ambil gambar sendiri, ambil gambar bersama rakan taulan, ngorat junior, erk..?)

10) Makan lebih awal.
Kepada sesi petang, sila makan tengah hari anda lebih awal dari hari-hari biasa, kerna kebarangkalian untuk kamu kelaparan pada hari tersebut adalah sangat tinggi. Dan pastikan juga kamu tak makan secara berlebihan, bagi mengelakkan kekerapan ke tandas semasa majlis sedang berlangsung.

11) Dapatkan maklumat mengenai masa pendaftaran.
Maklumat mengenai masa pendaftaran graduan dan ibu bapa / pelawat adalah sangat penting bagi mengatur perancangan yang baik pada hari besar anda.

12) Bawa kamera ke dalam dewan.
Walaupun ianya menyalahi undang-undang, tapi masih ramai yang tak memperdulikan amaran tersebut. Tapi aku sarankan bawa sahaja bagi mengelakkan penyesalan di kemudian hari. Hanya sepanjang masa di dalam dewan sahaja kamu mempunyai peluang bergambar dengan rakan-rakan anda. Penggunaan kamera telefon bimbit dan kamera digital adalah lebih digalakkan. (saiz lebih kecil, senang simpan) berbanding dengan kamera bersaiz besar seperti kamera DSLR. (Tips : Bawa paper bag ke dalam dewan bagi memastikan aktiviti menyeludup masuk kamera kamu berjaya)

13) Bawa bekalan air minuman.
Bekalan air minuman juga turut penting kerana kamu akan duduk di dalam dewan untuk satu jangka masa yang agak panjang. Tapi pastikan kamu tidak minum secara berlebihan agar rasa ingin ke tandas dapat dielakkan. Sedikit snek juga digalakkan untuk dibawa bersama bagi mengelakkan rasa mengantuk dan rasa bosan di dalam dewan. (eh dah macam pergi picnic pulak. X____X)

14) Ikatkan / klipkan Mortar Board dengan penyepit rambut.
Bagi yang mempuyai rambut yang jenis lembut, lurus, dan licin, adalah digalakkan untuk mengikat / menklipkan mortarboard kamu dengan penyepit rambut bagi mengelakkan ianya bergerak dari posisi asal dan memastikan ianya tidak terjatuh semasa kamu mengambil ijazah kamu di atas pentas, kesan daripada daya tarikan graviti Bumi.

15) Sediakan payung sebelum hujan.
Sediakan lebih banyak payung di dalam kereta sebagai backup sekiranya cuaca terlalu panas ataupun hujan mula membasahi bumi. Juga dicadangkan kepada usahawan yang berniaga di sekitar kawasan majlis konvokesyen berlangsung untuk menjual payung kerana cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini. (Mereka-mereka yang gunakan idea aku ni, sila beri sedikit peratus keuntungan kepada aku :))

Selamat Hari Konvokesyen.