Keperluan Penambahbaikan Mesin Deposit Perbankan

Semalam, seperti biasa aku telah pergi ke bank bagi menjalankan tanggungjawab membayar hutang bank pada setiap hujung bulan. Kelihatan agak ramai rakyat jelata yang beratur di hadapan beberapa buah mesin yang dikenali sebagai mesin deposit wang. Maka aku pun masuk ke dalam barisan sambil melihat gelagat-gelagat mereka yang berurusan dengan mesin tersebut. Dan hasil daripada pemerhatian aku, terdapat beberapa cadangan yang boleh diusulkan ke Parlimen bagi mempertingkatkan lagi tahap kecekapan dan ke-efisyen-an sesebuah badan perbankan di Malaysia.

1. Wujudkan lebih banyak mesin deposit di sesebuah cawangan bank.

Keadaan ini kerana keperluan terhadap mesin ini dapat dilihat adalah sangat penting dalam memudahkan setiap golongan masyarakat bagi membayar hutang mahupun memasukkan sejumlah wang ke mana-mana akaun. Maka, permintaan yang tinggi oleh para pelanggan adalah perlu dipenuhi oleh pihak bank. Apabila terdapat demand yang tinggi tetapi supply yang kurang, maka kewujudan mesin ini tidak dapat memenuhi objektif pihak bank yang mana untuk memudahkan pelanggan menggunakan perkhidmatan ini untuk menambah wang di dalam bank sekaligus mereka hanya menyimpan di dalam tabung buluh mahupun di bawah tilam sahaja.

Contohnya, sekiranya sesebuah bank boleh mempunyai 5 buah mesin ATM, kenapa tidak juga disediakan 5 buah mesin deposit? Sebab jika ada 5 buah sekalipun, belum tentu semua sekali boleh guna. Jika ada 2 mesin yang tergendala perkhidmatannya, maka ada lagi 3 yang boleh digunakan. Jika tidak? Pelanggan akan pulang dengan perasaan kecewa ataupun dengan pakej maki hamun sekaligus.

2. Menyediakan mesin deposit fast-lane

Konsep ini diciplak sepertimana konsep yang digunakan di mana-mana pasaraya besar yang mana menyediakan kaunter pembayaran fast-lane bagi pengguna yang membeli barang dalam kuantiti yang minimum. (contoh : > 8 barang). Dengan wujudnya sistem seperti ini, maka pelanggan tidak perlu beratur lama bagi menunggu pelanggan lain yang berkemungkinan melakukan transaksi kepada 3 atau 4 pihak yang berlainan pada satu-satu masa. 

3. Menyediakan tutorial ringkas dan mudah.

Semasa aku beratur semalam, terdapat warga emas yang kurang familiar dengan penggunaan mesin tersebut yang menyebabkan urusan dengan mesin tersebut mengambil masa yang agak panjang daripada biasa. Keengganan beliau untuk tidak menyusahkan orang lain dengan hanya bertanyakan soalan "macam-mana-nak-guna-mesin-ni" yang sebenarnya benar-benar telah menyusahkan orang lain akhirnya diselesaikan apabila orang belakang beliau memberikan tunjuk ajar kepada beliau tanpa diminta. (mungkin dah kurang sabar, kot). Maka adalah praktikal bagi pihak bank bagi menyediakan tutorial ringkas di dalam pelbagai bahasa yang mudah difahami oleh semua golongan kaum dan bangsa 1Malaysia bagi memudahkan urusan ini dijalankan. Mungkin lebih relevan meletakkan tutorial ini dihadapan mesin tersebut berbanding dengan menunjukkan senarai urusan yang boleh dijalankan ataupun peraduan terkini yang dianjurkan oleh pihak bank. Mungkin juga perlu disediakan risalah atau buku tutorial "Deposit Machine For Dummies" diletakkan disekitar kawasan tersebut bagi rujukan para pelanggan.

(short note : kejadian berlaku di luar waktu office hour yang mana tiada pegawai bertugas ketika itu)

4. Mesin bagi rebonding / meluruskan wang kertas.

Mesin ini juga penting untuk digunakan oleh para pelanggan sebelum berurusan dengan mesin deposit bagi memastikan wang yang bakal didepositkan dapat diterima oleh mesin yang agak cerewet dengan wang yang terlipat, renyuk, dan sebagainya. Keadaan ini juga dapat menjimatkan masa ketika berurusan dengan mesin tersebut tanpa perlu memasukkan wang yang sama berkali-kali semata-mata untuk memastikan transaksi tersebut berjaya dilaksanakan.

Perkara ini perlu diambil berat oleh sistem perbankan di negara ini bagi memastikan masalah ketidakcekapan yang dihadapi oleh pelanggan di dalam berurusan dengan mesin dapat dikurangkan. Adalah sangat tidak adil kepada pelanggan seperti aku yang telah menghafal 12 digit no akaun sendiri dimana hanya menggunakan mesin tersebut dalam masa yang kurang dalam 30 saat (jika not kertas tidak direject mesin) tetapi terpaksa beratur hampir 30 minit semata-mata kerana terdapat pelbagai jenis ragam pelanggan dan masalah yang telah disebutkan diatas.

3 Syarat Wajib Untuk Memikat Artis Idaman Anda

Anda mempunyai cita-cita untuk memikat artis idaman anda? Lisa Surihani? Nora Danish? Diana Danielle? Kini cita-cita anda boleh tercapai! Dengan syarat anda berjaya memenuhi salah satu syarat seperti yang dinyatakan di bawah.

i)          Menjadi artis kegemaran ramai
Salah satu platform untuk meng’ayat’ artis-artis idaman anda adalah dengan menjadi artis itu sendiri. Apabila anda berada di dalam dunia hiburan, anda akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berkenalan dengan mereka; samada digandingkan dengan mereka di dalam drama mahupun filem tempatan, ataupun terserempak dengan mereka di dalam mana-mana majlis media. Apa lagi, inilah peluang keemasan yang anda tunggu-tunggu selama ini untuk berkenalan dengan mereka. Namun pastikan anda cukup popular dan mempunyai aura tersendiri bagi memastikan hajat anda tercapai. Dan pastikan anda mempunyai pakej yang lengkap, kacak bergaya dan body yang tegap bagi menarik perhatian mereka. Dan langkah seterusnya terpulanglah kepada anda. Tahniah, anda bakal memperoleh gelaran kasanova popular minggu ini dan berpeluang menjadi muka depan Pancaindera pada hari minggu yang akan datang! Bak kata Farid Kamil dalam sebuah rancangan hiburan popular pada 2 minggu lepas, “Lagipun saya telah digandingkan dengan hampir semua pelakon wanita di negara ini.”, sambil mengembangkan hidung beliau dengan tenang.

ii)         Menjadi Dato’ yang berduit dan berpengaruh
Mempunyai gelaran Dato’ pada pangkal nama juga kini boleh dijadikan sebagai medium untuk mengorat artis-artis tempatan pada hari ini. Gelaran Dato’ cukup sinonim dengan pengaruh yang kuat dalam masyarakat kita. Kebanyakan daripada mereka tentulah berharta dan berduit, maka mereka bakal dijadikan sasaran oleh para artis wanita yang mata duitan bagi menjamin masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kalau tak, kenapa sampai ada artis sanggup beli gelaran tu ye dak? 

iii)         Menjadi pemain bola sepak negara yang terkenal
Sekiranya kedua-dua platform sebelum ini gagal untuk dicapai oleh anda, maka jangan risau, masih ada satu lagi platform untuk digunakan bagi mengejar impian anda. Pemain bola sepak negara yang hot-hot juga kini menjadi salah satu golongan lelaki yang amat digilai oleh para gadis di negara ini. Tambahan lagi, keadaan ini juga turut didapati menarik hati para artis-artis idaman anda dimana anda mempunyai peluang bagi menjalin hubungan bersama mereka sambil berposing menghiasi di kebanyakan muka surat dalam majalah hiburan, Mangga. Asalkan anda cukup popular dan hot, anda pasti punya peluang untuk kecapi impian anda. So moral of the story, pastikan murid-murid pada zaman moden kini punya cita-cita besar untuk mengharumkan nama negara dalam bidang sukan bola sepak ke mata dunia. Akhir kata, majulah sukan untuk negara.

 Gambar Hiasan daripada mashelmy.piccalasso.com