Photophobia

aku tak tahu kenapa akhir2 ni aku asyik tutup mata jer bila nampak flash kamera.

tadi, aku pergi kedai gambar.
buat gambar pasport.

2 kali aku ambil gambar dengan mata tertutup. +___+

ape kes?














sumber : Roster Teeth


mungkin sebab masa budak2 aku asyik main lawan mata kot?
@_@

Eyjafjallajökull

filem : Shutter Island.
dibintangi oleh Leornado DiCaprio.
klasifikasi : 18SG.





















WARNING : jalan cerita agak kompleks. sesiapa yang tidak berminat untuk menonton cerita yang agak berat dan menggunakan akal fikiran adalah digalakkan tidak memilih cerita ini. dan sesiapa yang ingin / berhasrat untuk menonton cerita ini juga digalakkan tidak membaca entry ini. kerana jalan cerita telah dijelaskan secara terperinci di sini. harap maklum.


mengisahkan tentang penggembaraan seorang marshal, Teddy (sapa lagi kalau bukan sang hero) yang ditemani oleh rakan sejawatnya, Chuck, yang baru dikenali bagi menyelesaikan misi tersebut. misi yang dijadikan sebagai plot cerita ini, yang langsung tiada kaitan apabila anda telah sampai ke tengah2 jalan cerita, iaitu mencari seorang pesakit jiwa di hospital mental di Pulau Shutter tersebut. hospital ini bukanlah hospital mental yang biasa, kerana ianya menempatkan penjenayah2 yang berbahaya di seluruh dunia.

di awal penceritaan, terdapat beberapa scene yang agak pelik & unik, iaitu beberapa ilusi daripada kisah silam sang hero. nazi, budak kecil mati, dan wanita yang dicintainya.

kisah ini diteruskan dengan setibanya beliau di pulau tersebut, maka diperlihatkan keadaan pulau tersebut yang agak pelik dan misteri. seperti ada sebuah cerita disebaliknya. maka bermulalah penyiasatan beliau untuk mencari wanita gila yang berjaya melepaskan diri daripada hospital tersebut. siasatan demi siasatan dijalankan, tetapi hanya jalan buntu yang beliau perolehi. tiada mana-mana penghuni hospital tersebut memberikan kerjasama kepadanya untuk memberikan maklumat mengenai wanita tersebut. jawapan yang diberikan oleh mereka adalah hampir sama setiap kali diajukan soalan. kecuali seorang wanita turut memberikan jawapan yang hampir sama, tetapi memberikan sedikit klu di dalam kisah ini, dengan menulis nota "RUN" kepada sang hero.

maka, disebabkan hal ini, maka sang hero mula berputus asa dengan siasatan yang dibuat. pihak pengurusan penjara / hospital juga tidak ingin memberikan kerjasama mengenai siasatan tersebut. beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan pulau keesokan harinya.

namun begitu, beliau telah mendapat mimpi bahawa isterinya (yang telah meninggal dunia), mengatakan bahawa wanita tersebut masih berada di dalam pulau itu. tambahan lagi, pembunuh isteri kesayangannya juga turut berada di pulau yang sama. agak pelik sang mati boleh memberikan sedikit fakta di dalam mimpi beliau bukan?

maka hasratnya untuk meninggalkan pulau tersebut dibatalkan, dan siasatan diteruskan.

beliau berfikir dan berfikir, maka akhirnya fikirannya membawa beliau ke kawasan perkuburan pulau tersebut. namun jawapan yang dicari tidak jua ditemui. di situ, beliau mula menceritakan tentang kisah hidupnya kepada rakan sejawatnya. tentang segalanya tentang dirinya. tentang sejarah hidupnya. tentang siapakah beliau.

beliau merupakan bekas tentera. dan beliau melihat ramai orang telah dibunuh pada suatu peperangan. wanita dan kanak2 yang tidak berdosa. beliau sangat kasihankan mereka. dan pada suatu ketika, ketika mengumpulkan orang2 tahanan, salah seorang daripada tahanan memberanikan diri untuk melarikan diri. akibatnya, semua tahanan di situ ditembak hidup2 oleh semua askar disitu, termasuk sang hero. rasa bersalah tersebut terus menghantui hidupnya.

tambahnya lagi, beliau sendiri memohon untuk menjalankan misi ini dengan mempunyai tujuan lain, iaitu untuk mencari pembunuh isteri kesayangannya di pulau ini. isterinya dikatakan mati kerana rumahnya terbakar. dan kebakaran tersebut dikatakan berpunca daripada sang durjana tersebut.


* * *


dan kemudian tiba-tiba beliau dimaklumkan dengan suatu berita mengejut; bahawa wanita yang hilang tersebut telah ditemui di rumah api di pulau itu. namun bagaimana beliau berjaya meloloskan diri daripada kawasan hospital, itu masih menjadi persoalan.

okay kemudian beliau meneruskan lagi siasatannya. kali ini, beliau berhasrat untuk mencari pembunuh isterinya. beliau mengambil peluang untuk melihat ke dalam bangunan lain (wad c), yang boleh dimasuki hanya dengan kebenaran warden dan doktor-ape-entah-aku-pun-dah-lupa-nama-dia. kiranya memang restricted area la. sebab bangunan tu menempatkan penjenayah2 paling berbahaya.

tapi ditakdirkan tiba2 terdapat masalah elektrik di kawasan tersebut, dan beliau berjaya memboloskan diri untuk memasuki bangunan tersebut. di bangunan tersebut, beliau berjumpa dengan seseorang yang dikenalinya, iaitu seseorang yang pernah bekerja dengannya (i think so, haha). beliau agak hairan mengapa lelaki berkenaan berada di penjara tersebut. kemudian lelaki itu (kawan beliau) telah mengubah segala plot cerita ini. dia mengatakan bahawa semuanya telah dirancang. beliau dinasihatkan untuk lari daripada pulau tersebut. dan tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh roh isterinya yang sentiasa bermain di dalam mindanya.

tetapi, sebab cerita ni panjang lagi, beliau mengambil keputusan tidak menghiraukan perkara tersebut. beliau ingin terus ke rumah api yang dikatakan jawapan kepada semua persoalan yang berlaku di pulau tersebut. tetapi, hasratnya tidak kesampaian kerana beliau gagal untuk ke kawasan rumah api tersebut. ianya dikelilingi dengan kawasan laut dan sukar untuk sampai ke sana. beliau yang telah meragui rakan sejawatnya meninggalkannya seorang diri dan pergi ke sana bersendirian.

akibat gagal sampai ke tempat yang dituju, beliau berpatah balik ke tempat rakan sejawatnya ditinggalkan. namun rakannya tidak dapat ditemui. dilihat daripada tebing laut yang sangat tinggi, rakannya itu telah terbaring kaku di bawah. OMG. beliau berasa sangat bersalah tidak mempercayai rakannya itu. kemudian beliau cuba turun bagi mendapatkan jasad rakannya, namun apabila sampai ke lokasi tersebut, tiada apa-apa yang dapat ditemui. tetapi, beliau berjumpa dengan seseorang yang sangat penting di dalam cerita ini, iaitu sang wanita yang dikatakan hilang sebelum ini. wanita tersebut ditemui di dalam lubang kecil berhampiran tebing laut tersebut.

tapi, kan tadi dah cakap dah jumpa wanita tersebut, so ini siapa pulak dah??

wanita tersebut menerangkan beliau adalah wanita yang sebenar. dia adalah doktor dipulau itu. pulau tersebut diketuai oleh anggota nazi, dimana menjalankan eksperimen ke atas manusia. manusia disini akan dikawal pemikirannya hingga tiada rasa sakit, emosi, dan sebagainya. mereka seperti boneka hidup yang dikawal oleh seseorang. wanita tersebut sebagai doktor membantah perkara ini, dan akhirnya terpaksa melarikan diri. kesemua apa yang dilalui oleh Teddy (sang hero) adalah telah dirancang oleh pihak mereka. Teddy sebenarnya dihantar ke pulau tersebut, bukan beliau ingin ke situ bagi memenuhi hasratnya. semuanya telah dirancang dengan begitu teliti dan rapi. rokok, makanan, minuman, dan ubat-ubatan yang diberikan kepada beliau mempunyai ubat yang akan memberikan kesan kepada akal fikiran beliau. beliau juga diberitahu bahawa segala eksperimen mengenai manusia dijalankan di rumah api tersebut.

oleh itu, sang hero dengan penuh yakin menuju ke rumah api tersebut untuk membongkar segala rahsia pulau tersebut. (aku pun pelik, tadi macam susah sangat nak sampai. sekarang boleh pulak) -_-

namun, sesampainya disana, beliau dikejutkan dengan pelbagai berita :

1) tiada apa2 di dalam rumah api tersebut. kosong.
2) hanya terdapat warden penjara / hospital berseorangan di tingkat paling atas.

kemudian, warden tersebut menjelaskan segala-galanya, kepada Teddy.

- Teddy (sang hero) merupakan pesakit jiwa di hospital tersebut selama 2 tahun.
- Beliau mempunyai masalah yang agak unik, dimana dapat mereka cerita yang seolah-olah betul kepada dirinya sendiri.
- Beliau merupakan bekas marshal sebelum masuk ke dalam hospital ini.
- Beliau yang membunuh isterinya sendiri, kerana isterinya yang gila telah membunuh anak2 nya.
- Nama sebenar beliau bukanlah Teddy. -_-

adoi.pening kepala kan?

kemudian, setelah pelbagai pertelingkahan berlaku, akhirnya, beliau pun mengaku segalanya adalah benar belaka. beliau mempunyai masalah mental seperti itu. warden itu juga turut menyatakan bahawa telah banyak kali beliau berkelakuan sedemikian, sekejap sedar beliau bukanlah Teddy, dan kemudian segalanya akan reset semula dan mempercayai bahawa dirinya adalah Teddy.

maka, dapatlah difahami oleh sang hero bahawa dia adalah seorang pesakit jiwa. sekian.


.


.


.


eh, dah tamat ker?siapa cakap?sebelum cerita ditamatkan, sang hero mula merokok bersama2 rakan sejawatnya, Chuck yang merangkap sebagai doktor kepada beliau. beliau mula memanggil doktornya itu sebagai Chuck dan membahasakan dirinya sebagai Teddy semula. kemudian, rakan sejawatnya memberikan isyarat kepada warden tadi bahawa tiada harapan lagi oleh sang hero untuk dipulihkan, maka perlu dibawa ke rumah api untuk dieksperimentasikan. sebelum beliau pergi, beliau melontarkan kata-kata seperti berikut :

"Better i die as a good man. Then i live as a monster"
erm, something like that.


lepas tu,

THE END.

hahaha sapa faham cerita ni angkat tangan!
dan sapa2 yang dah tengok ni cerita ni dijemput memberi komen! :)

*actually, how this story is interpret is depend on how understanding and belief of audience. this story is all about psychology. if one day you wake up suddenly you are in mental hospital, and everyone's tell you that you are the patient in that hospital, and everything's in your life is your hallucination and illusion, then finally you will give up and believe that you are crazy person."
well, that's why life is unpredictable!

rating : 4 setengah bintang aku bagi! :)


eh jap, apa kene mengena dengan tajuk kat atas tuh?

selain daripada Shutter Island, Iceland merupakan antara pulau lain yang perlu anda elakkan daripada dikunjungi. kenapa? sebab gunung berapi ; Eyjafjallajökull yang telah 200 tahun tidak aktif tiba2 meletus, dan kebarangkalian letusan seterusnya juga diramal akan berlaku dan dijangkakan lebih dahsyat lagi daripada letusan sebelumnya.

End Of Tunnel

And it’s hard to tell
If you ever come again

And it’s hard to tell
If you felt this for someone else

And it’s hard to tell
If you want to remember this

And it’s hard to tell…

And it’s hard cos you don’t come around anymore
I hope you find whatever is you’re looking for
I hope you miss the streets like I do

Cos this is what love of me and you

Yunalis Zarai : These Streets


A week left.
To let me know.
Either i really need you in my life.

Or.

A broken heart will be.
bleeding again.
and again.

...


by : *heartless*

















[Photo from : http://www.pbase.com/camera0bug/image/13107594]

There are light at the end of tunnel,
known as ; HOPE.