Maaf Zahir Batin

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, Ramadhan pergi, Syawal kembali.

Hari Raya Puasa biasanya jatuh pada 1 Syawal. Tak pernah lagi aku dengar Hari Raya Puasa bermula pada 2 Syawal. Negara lain yang sambut kedatangan bulan Syawal terlebih dahulu, itu lain ceritanya.

Hari Raya Puasa pula diantara hari yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan umat Islam di negara ini. Masakan tidak, jika iklan promosi hari raya sudah mula disiarkan sejak Ramadhan belum menjengah lagi. Ohh aku disini bukanlah untuk menulis mengenai kuih raya, mercun, baju raya, mahupun balik kampung.

Ungkapan "Maaf Zahir Batin" cukup sinonim dengan Hari Raya Aidilfitri. "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin". Ya, sangat tipikal ungkapan tersebut. Sama ada tertulis pada kad-kad raya atau diucap sendiri oleh tuan punya diri. Tapi jarang sekali kita dengar "Selamat Hari Raya Qurban, Maaf Zahir Batin". Apa lagi ungkapan "Selamat Hari Raya Cina, Maaf Zahir Batin". Apa kau tak pernah buat salah dengan rakan yang berbangsa cina?

Hari raya seringkali dijadikan sebagai medium untuk bermaaf-maafan antara satu sama lain. Itu suatu amalan yang mulia dan perlu diteruskan sampai bila-bila. Tetapi benarkah kata-kata maaf yang dilontarkan oleh seseorang itu benar-benar ikhlas memohon kemaafan dari hati, atau sekadar ayat wajib yang perlu disebut sewaktu bertemu dengan sanak saudara, rakan taulan, dan jiran tertangga? Adakah ianya sekadar menjadi melepaskan batuk ditangga, ketika tangan dihulur meminta duit raya?

Bukan apa, setiap kali raya, ada sahaja sesi bermaafan antara ahli keluarga dan sanak saudara. Siap ada yang menitiskan air mata semua. Tak lama lepas tu, mula mengumpat dan mengata saudara yang dipohon kemaafan tadi. What the..? Aku memang tak faham dengan orang-orang yang macam ni. Apa maknanya bermaafan kalau kesalahan yang sama diulang lagi, dalam masa yang sangat singkat pula tu.

Mungkin ada yang benar-benar ikhlas memohon kemaafan antara satu sama lain pada pagi lebaran, yang sebelum ni berhasrat memohon ampun kepada mereka tetapi perasaan malu dan segan menghalang tindakan murni tersebut. Dan siapa pula kita untuk mempersoalkan keikhlasan hati seseorang di dalam meminta maaf dan memaafkan orang lain. Apa yang penting kita sendiri sedar, yang kita perlu memaafkan kesalahan orang lain, sebab kita sendiri tak sesempurna mana, seringkali melakukan kesilapan dan kesalahan dalam sedar ataupun tidak. Dan kita juga perlu memohon kemaafan daripada orang lain, sebab kita sendiri tak tahu adakah ada lagi kesempatan akan diberikan untuk kita berbuat demikian. Barulah hidup penuh dengan K.E.B.E.R.K.A.T.A.N.

Akhir kata, aku ada hadiah untuk korang semua. Aku jumpa kad raya terbaek ni kat facebook.




p/s : Tolong, tolong dan tolong, bagi aku sedikit idea macam mana nak turunkan berat badan sewaktu hari raya yang mulia ni.

2 comments

T@sh Sch@ | September 13, 2010 at 9:09 AM

cantik kad raya ...

tahun ni tahun yang sangat malap buat sy dan keluarga * i think*

erm .. 1st time dah berumur dan berakal menjejakkan kaki di tanah perkuburan di hari raya ... (b4 this xpernah ok ...kecik2 dulu je pergi ayah bawa ..what the ...???huhuh)

best n3 .. thanks for reminder ...

nak elak kepejalan lemak ..me dah start keje raya ke 3 ..today dah start puasa ..ngehngeh

salam ziarah ...

slay | September 13, 2010 at 11:26 PM

hehe thanks for the tips! :)

dan terima kasih sudi ziarah blog buruk ni. selamat beraya! :)