Masa Depan Ehoza.com

02.02.2020 : Ehoza kini menjadi sebuah fenomena di kalangan penduduk bumi merangkumi segenap lapisan usia. Tidak hanya terhad menjadi perbualan hangat oleh golongan remaja dan muda-mudi negara, malahan dari kalangan kanak-kanak ribena juga. Joe, 5 tahun, memberikan komen bahawa beliau memuat turun game terbaru untuk konsol IceBox v6 miliknya, dari laman forum Ehoza.com. Bukan itu saja, pakcik Sarip, 65, yang aktif melepak di kebanyakan kopitiam berhampiran dengan tempat tinggalnya juga turut bersembang dengan rakan taulan mengenai hal politik dan isu semasa, yang mana turut mendapatkan maklumat tersebut dari sumber yang sama, iaitu Ehoza.com.

Selain itu, Ehoza juga dipercayai kini berada di kedudukan teratas mendahului laman web sosial popular, Facebook, dan disebabkan perkara ini menimbulkan rasa ketidakpuashatian beberapa pihak dari negara luar. Oleh sebab itu, kebarangkalian untuk laman forum ini dicopkan sebagai markas pengganas adalah sangat tinggi berikutan Big Boss kepada laman forum ini merupakan seorang yang beragama Islam dan tambahan pula beliau cukup menitikberatkan perihal auratnya yang sentiasa dijaga setiap masa.

Inilah rupa yang bakal di buru oleh kebanyakan badan perisik antarabangsa dari negara Barat

Tambahan lagi, kedudukan Ehoza.com sebagai gedung informasi terkini juga turut menimbulkan kontroversi dimana kebanyakan perpustakaan di seluruh negeri didapati lenggang tanpa sebarang pengunjung kerana kemudahan memuat-turun E-Book di laman forum Ehoza.com turut disediakan. Selain itu, sebagai salah satu sumber maklumat utama di alam maya, Ehoza.com juga turut mengancam kedudukan Google sebagai sumber carian maklumat paling popular oleh kebanyakan pengguna internet. Malahan pula, cucu kepada sotong Paul, iaitu Paula, juga turut membuat ramalan bahawa pada masa akan datang, Ehoza.com akan berjaya mengatasi kepopularitian laman sesawang Google dan mencipta suatu revolusi terhadap industri alam maya tempatan ke peringkat antarabangsa.



Apakah agaknya rahsia di sebalik kejayaan cemerlang laman forum ini? Ehoza telah diperkenalkan oleh 2  orang Big Boss kumpulan gengster yang cukup terkenal dan digeruni di seantero Bandaraya Batu Pahat, yang hanya ingin dikenali dengan nama samaran; Apect dan Ayam. Di awal pertubuhan ehoza, ianya lebih bertujuan untuk memperluaskan empayar jajahan kumpulan gengster tersebut, namun selepas menonton drama bersiri Nurkasih dan filem Syurga Cinta, akhirnya mereka mendapat taufiq dan hidayah, seterusnya mereka mula berhijrah ke jalan yang benar. Maka sejak itu, kepentingan politik mereka telah berubah arah dengan mewujudkan suatu komuniti maya yang bersatu padu berlandaskan prinsip kemasyarakatan dan ukhwah sesama insan. Perkara ini telah dibuktikan dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan oleh ahli-ahli forum ini bagi memberikan mereka peluang untuk beramas mesra sesama mereka.

Namun begitu, di sebalik semangat keamanan dan keharmonian yang telah dipupuk didalam komuniti Ehoza.com, juga terdapat sedikit ancaman dari beberapa ekor "Buaya-Buaya Darat" yang dikatakan telah tersesat ke Asia Tenggara yang dipercayai berasal daripada Hutan Amazon. Buaya-buaya ini dipercayai seringkali dilihat berlegar-legar di ruang "Very Nice Stuff (VNS)" dan menjadikan ruang tersebut sebagai sarang utama bagi kegiatan mereka. Seringkali menjadikan Maria Ozawa dan Luna Maya sebagai "sumber makanan"  harian mereka, buaya-buaya ini juga turut dipercayai sangat aktif mendapatkan sumber-sumber video 3GP yang masih hangat di pasaran, tidak terhad kepada gadis-gadis di dalam mahupun luar negara. Walaubagaimanapun, pergerakan buaya-buaya ini masih dapat dikawal oleh pihak moderator yang cukup cekap dan efisyen semasa menjalankan tugas dan amanah yang diberikan bagi menjaga keamanan rukun tetangga di Ehoza.com ini.

Kini, Ehoza.com juga terbukti memberikan impak yang cukup hebat kepada masyarakat negara ini, sebaik saja sistem SMS dan MMS mula diperkenalkan oleh para admin pada awal tahun ini (2020). Kemudahan ini disediakan kepada para ahli bukan sahaja untuk memastikan mereka sentiasa mendapat maklumat  terkini secara berterusan mengenai hal ehwal semasa sama ada dalam mahupun luar negara, malahan juga membolehkan mereka berkongsi maklumat baru dengan kaedah yang lebih mudah dan ringkas. Kepesatan pembangunan laman forum popular ini dijangka akan dapat menaikkan lagi nama Malaysia ke mata dunia. Akhir kata, majulah forum untuk negara. - Bernama, Slay.

Kepada pembaca yang tertanya-tanya apakah motif penulisan entri ini, sila rujuk link ini. Terima kasih.

5 comments

Mr. J pengeRindu | October 17, 2010 at 8:46 PM

ehoza.. forum yg cukup menarik.. pertengahan tahun 90an waktu cukup high2 utk forum dan juga forum lain...


Menarik : Peribadikah Rahsia anda.

slay | October 17, 2010 at 9:21 PM

yup, sekarang member ehoza dah mencecah sampai 27,521 orang, dan dapat like sebanyak 4,353 di facebook. aku dah lama join forum ni, antara yg terawal masa mula2 ehoza baru nak naik dulu. eh, kau ada join sekali ke? ;)

shark | October 18, 2010 at 2:50 PM

hahaha
congrat bro...
aku xdek idea lagi nie
tensen

slay | October 18, 2010 at 8:56 PM

haha tengkiu bro.
congrat nanti la, belum menang lagi ni.haha~ :P

Anonymous | October 29, 2010 at 2:02 AM

mmm..