Henshin!

Henshin (変身) di dalam Bahasa Melayu, bertukar, atau berubah, atau lebih tepat lagi di dalam Bahasa Inggerisnya, Transform!

Korang pernah tak main permainan "Cari Perbezaan" masa kau kecik-kecik dulu? Dalam permainan ni, korang perlu cari perbezaan yang tersembunyi dalam dua gambar yang hampir sama. Contoh permainan ni boleh rujuk gambar di bawah.




Sekarang, cuba kaitkan permainan tersebut dengan blog aku ni. Gunakan daya ingatan dan imaginasi kau, untuk bezakan antara persekitaran blog aku dulu dan sekarang. Ada nampak perbezaan?

Apa perubahan yang korang dapat nampak, jika dibandingkan dengan blog sebelum ni?

1) Tajuk blog kat header
2) Blog Template
3) Widget : Semakin berkurang, sebab aku rasa widget jam dan MP3 Player tu tak diperlukan. Dua-dua benda alah ni ada kat dalam komputer korang. Dari menyemak je kat sidebar tu, baik aku buang. 
4) Gambar profile

Ada apa-apa lagi tak yang korang tertinggal? Cuba tengok lagi, ada lagi kot. Ala tu ha.. (mulut muncung ke depan) yang kat sebelah atas sekali tu. Yes, tepat sekali! URL blog aku dah berubah! Haha. Tu antara sebab kenapa berlaku perubahan dari nombor 1 hingga 4 tu, supaya korang perasan link blog aku ni dah lain! :P (selain daripada lajukan page loading blog). 

Dan itu juga sebab utama entri ni dihasilkan. Bukan selalu dapat eksyen dengan korang kan! Hehehe. Aku tau korang tak perasan sebab bila tekan link blog lama aku terus direct pergi ke link blog baru ni. ;) Tapi ape kes aku nak buat domain sendiri, setakat ada 2 orang follower je tu, tak ke buang duit je kan? Aha stay tuned. Tu aku akan ceritakan dalam entri seterusnya pada kemudian hari. Sekarang aku sedang sibuk menyiapkan pelbagai hal ehwal duniawi (yang takde kena mengena dengan raya).

Iklan sebentar : Saya mahu Hotlink Hot Tiket daripada blog.ariff