alien dan mitosnya



Suatu ketika dulu, waktu sekolah rendah, aku ada minat juga kat subjek Sains (diulangi, sekolah rendah). Sebab apa? Sebab ada satu bab yang aku suka dalam subjek ni, iaitu bab alam semesta. (bukan bab sistem pembiakan manusia, masa tu belum baligh lagi okayy.. -_-") Masa tu aku memang rajin pergi library selak-selak buku yang berkaitan dengan hal ehwal alam semesta.

Korang nak tau tak, kita hidup di atas planet Bumi, yang terletak di dalam suatu sistem yang dipanggil Sistem Suria. (Sistem Suria termasuklah Matahari, dan planet-planet lain dari Utarid hingga Pluto). Sistem Suria pula terletak dipinggir Galaksi Bima Sakti. Galaksi Bima Sakti pula diantara beribu-ribu galaksi lain yang berada di dalam Alam Semesta. Salah satu galaksi yang terdekat dengan galaksi yang kita tinggal, dipanggil Galaksi Andromeda. Pergh aku tulis semua ni tanpa meng-google mana-mana sumber yang sahih. Tulis ikut daya ingatan long-term memory otak aku ni je. Kalau ada yang tersilap sori la ye.


Banyak lagi istilah-istilah sains yang berkait dengan alam semesta ni, seperti letupan Supernova, Black Hole, dan lain-lain. Tapi cukup la setakat ini sahaja pelajaran kita untuk hari ini ya murid-murid. Aku kat sini cuma nak cerita sikit pasal salah satu perkara yang berkaitan dengan alam semesta, iaitu Alien, atau lebih difahami dalam Bahasa Melayu sebagai Makhluk Asing.

Istilah alien akan diberikan kepada makhluk-makhluk lain yang berasal dari luar planet Bumi. Alien ini juga telah mula menghantui hidup aku semenjak zaman sekolah rendah lagi, dimana kewujudan seekor makhluk yang berekor dengan fesyen rambut tercacak dan tajam, telah mewujudkan suatu fenomena di kalangan kanak-kanak yang seumur dengan aku. Bernama sebenar Kakaroch atau lebih dikenali oleh penduduk bumi sebagai Son Goku, karakter yang telah dihasilkan oleh Akira Toriyama di dalam komik / manga popularnya, Dragon Ball. Daripada komik ini kita dapat lihat terdapat planet-planet lain wujud diluar bumi, seperti planet Saiyan dan Planet Nameck. Dan tidak lupa juga, zaman sekolah rendah juga turut mengimbau kembali memori mengenai sebuah planet yang tidak asing lagi dari minda kanak-kanak ribena, iaitu Planet Ultra. (dari siri Ultraman)


Okayy sekarang sudah masanya kita lihat sama-sama mengenai alien dan mitos-mitosnya :

1) Rupa alien luar biasa, pelik, unik, hodoh, menakutkan.

Kebiasaannya, di dalam mana-mana cerita yang berkaitan dengan alien, pastinya watak alien tadi muncul dengan rupa yang agak luar biasa, pelik, unik dan lebih dahsyat lagi, hodoh dan menakutkan. Pelik, kenapa nak kena fikir sampai macam tu sekali? Adakah makhluk yang berasal dari planet lain akan mempunyai rupa fizikal yang cukup berbeza bagi menunjukkan dia tidak berasal dari kalangan penduduk Bumi? Sebagai contoh, adakah rupa rakyat jelata di Perak jauh berbeza dengan penduduk di kawasan sekitar Johor? Adakah penduduk tetap Afrika Selatan mempunyai rupa yang luar biasa jika dibandingkan dengan penduduk di negara Jepun? Dari segi warna kulit, ketinggian, mungkin wujudnya jurang perbezaan. Namun dari segi lainnya, adakah mereka mempunyai 3 jari, ada ekor, atau apa-apa yang sangat luar biasa?


Maka, kenapa alien perlu berbeza dengan penduduk Bumi? Paling tidak pun, bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi oleh mereka tentulah berbeza. Dari sudut lain, bagaimana? Bukankah wujudnya kemungkinan yang alien itu lebih cantik atau hensem daripada korang semua, penduduk Bumi?


Macam yang ni, Clark Kent sebelum transform jadi Superman.

2) Mendarat dengan kapal angkasa yang canggih, di atas kawasan lapang dan terpencil di planet Bumi.

Aha yang ni memang aku cukup musykil, kenapa teknologi alien akan jauh lebih hebat berbanding dengan teknologi di Bumi. Lagi-lagi kapal angkasa diorang dengan reka bentuk yang cukup unik, boleh buat korang ternganga melopong bila lihat kehebatan teknologi yang mereka ada. Entah-entah, diorang jauh lagi mundur dari kita, henfon pun masih guna yang lampu biru punya (hijau mungkin, untuk alien), sedangkan kita dah ada Iphone 4, BlackBerry dan BlueBerry yang kehebatannya sampai boleh mengancam keselamatan negara. T__T 

Yang aku lagi tak boleh blah, boleh pula kapal angkasa diorang tu landing baekk punya kat kawasan lapang  dan terpencil di planet Bumi, contohnya di kawasan ladang, gurun ataupun ceruk hutan. Mungkin untuk memberi peluang kepada FBI untuk menyiasat segala rahsia nusantara dan disimpan rapi di dalam fail sulit mereka. @_@


Kapal angkasa Kal-El yang mendarat di kawasan ladang, Smallville.

3) Alien mempunyai kuasa atau kelebihan luar biasa.

Dari mana datang idea ni? Kenapa alien akan mempunyai kuasa atau kelebihan yang luar biasa berbanding manusia di Bumi? Mungkin juga idea ni dihasilkan untuk menjadikan sesebuah kisah mitos mengenai alien menjadi lebih menarik. 


"Hari ini traffic berjalan lancar di kawasan ibu kota", Superman melaporkan untuk Berita Dunia.


Walau apapun pendapat aku mengenai mitos alien ni, kisah mengenai makhluk dari luar planet Bumi ini akan terus dihasilkan oleh pengkarya tempatan mahupun antarabangsa. Tapi menurut pengetahuan aku, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai makhluk asing ini ditulis di dalam Al-Quran. Kewujudan makhluk lain itu, hanya diketahui oleh-Nya, tetapi apa yang aku faham, manusia adalah ciptaan Tuhan yang paling sempurna di dunia ni. Jadi tak perlu lah kau nak risau kalau alien datang nak melawat penduduk sekitar planet Bumi ni, sebab kita lebih sempurna daripada mereka. ;)

Last but not least, ada seekor seorang alien yang lemak berkrim disukai ramai, dulu, kini, dan selamanya. Siapakah dia?



Tak percaya? Buat sedikit kajian mengenai latar belakang beliau, tonton kesemua TV series dan animated series beliau. Untuk kaedah yang lebih mudah, ringkas, dan pantas, tanya saja aku! :)