Satu Malam di Kuala Lumpur

58:59:60
saat berganti minit.
dan terus berdetik.
tidak cepat.
tidak lambat.
konsisten.


peluh malam pula terus menitis.
membasahi liang-liang roma kulit.
kerna bahang malam itu meresahkan diri ini.


kelopak mata cuba ditutup.
berusaha menenangkan diri sendiri.
agar suatu laluan ke alam lain diperbentangkan.


namun.
fikiran terus kusut dan semak.
dikaluti dengan fantasi dan konklusi masa depan.


ditambah lagi dengan permainan hide and seek oleh sang penghisap darah.
memaksa aku memukul diri sendiri.
seperti sang gila.


dan pabila si sabar mula meninggalkan diri ini.
peperangan mula diisytiharkan.
hide and seek become hide, seek and kill.


dan inilah akibatnya,




















9 ekor tersungkur.














1 ekor masih melekat di dinding.


harap maaf.
mayat2 mangsa lain tidak dapat dikesan dengan mata kasar.
akibat kemusnahan yang agak brutal dan kritikal.


oleh itu.
berakhirlah suatu kisah pembunuh bersiri.
di suatu malam yang tenang.


and.
please,
don't try this at home.

2 comments

fairuz | May 13, 2010 at 11:14 AM

job is another part of life..

slay | May 17, 2010 at 9:19 AM

yeah i know.
but why we need a job, actually?

***


kawan aku pernah sampai ke malaysia timur. beliau mengikut rakan beliau pulang ke kampung halaman di sana.

nak dijadikan cerita, satu hari, seorang penduduk tempatan bertanyakan kepada beliau perihal kerjaya.

lebih kurang macam ni la perbualan mereka ;

OS - orang sabah / sarawak (aku kurang pasti), M - member gua.

OS : bro, kenapa perlu kerja? (apa, kau ingat kau je yang reti panggil orang bro? kahkahkah)

M : sebab nak kumpul duit banyak2. bila duit dah banyak, hati senang. bila kau dah kaya nanti, kau buleh relax je tak payah buat apape.

OS : oh. tapi gua tak kerja, then time makan, gua dapat makan jugak (memburu), time tidur, gua tidur, time rehat, gua hari2 rehat. tiap2 hari baring tengok langit. hati senang. so, apa beza kau kerja dengan aku yg tak kerja?

M : *terdiam*