Get A Life, Dude!

hari ini aku dah login akaun facebook dan blogger lebih daripada 10 kali.
tapi tiada sebarang kemaskini.

maka biar aku jer la yang update blog aku sendiri.
hari ini juga aku nak kenalkan dengan isteri aku.
nama dia lappy.
meh tengok, comel tak dia?
















*agak-agak yang mana satu mood lappy?*


aku sangat bahagia dengan lappy aku sekarang ni.
sentiasa berkepit jer sepanjang masa.
sukar dipisahkan.
iskk.


tapi bezanya dengan pasangan2 lain.
aku tak ambil berat tentang lappy aku.
dan lappy aku pun tak ambil kisah tentang aku.


sebagai bukti,
sejak pukul 7 pagi tadi,
sehingga sekarang,
9.31 malam waktu malaysia,
beliau masih setia menemani aku tanpa rehat.


dan.
oh ya, lappy aku tiada kipas angin kat bawah punggung dia. T__T


***


tadi,
aku borak dengan salah seorang kawan baik aku di ruang sembang mukabuku,
terdapat struktur ayat yang diolah oleh beliau berbentuk begini :


lappy n net nie tuk mrk ygxde life jek



eh eh, kau faham tak?
bahasa sms ni tak semua orang faham.
biar aku jelaskan.


beliau cuba menyampaikan kepada aku bahawa,
laptop dan internet adalah untuk mereka-mereka yang tiada life.


ya, aku faham.
ada betulnya kenyataan beliau.


lappy dan internet biasanya untuk mengisi masa-masa lapang.
bukan untuk dihadap 24 jam.
macam yang aku buat.


tapi biasa la.
kehidupan aku sebagai pengganggur sepenuh masa,
menjerumuskan aku ke arah ini.
eh eh bukan sebelum ni pun hidup kau macam tu jugak ker?
(-_-")


entah kenapa,
aku macam terdengar2 suara halus di telinga sendiri.
yang berbunyi seperti berikut;



"Come On, Get A Life, Dude!"


.

.

.


but i'm wondering.
is i'm still have any life after get a job?
puff~