sumpahan

malam tadi sebelum aku lena ke alam mimpi.
aku terdengar bunyi katak yang memecahkan kesunyian malam.
al-maklumlah baru lepas hujan.
sekarang kan memang musim hujan.
sekejap2 panas terik, sekejap2 hujan lebat.
nampak sangat ekosistem bumi semakin berada di tahap kritikal.

lepas tu aku fikir.
ee geli kan tengok katak.
jangan kata nak pegang,
tengok pun dah geli.

teringat balik time aku sekolah dulu.
masa tu aku nak pakai kasut sekolah.
macam biasa la aku main sarung jer.
lepas tu dengan tiba-tiba (jeng.jeng.jeng)
kaki aku tak boleh dimuatkan ke dalam kasut tersebut.
apa kes?
ada sesuatu di dalam kasut tersebut.

maka.
tanpa menggunapakai akal fikiran.
dengan serta merta aku masukkan tangan ke dalam kasut.
untuk tengok apa ada dalam kasut aku tu.

eh, apa benda lembut-lembut.
sejuk-sejuk ni.

ta daa~
sekali katak melompat keluar la!

aaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!
aku trauma pagi itu.
kegelian sebab memegang katak.
lebih 10 kali kot aku basuh tangan.
dan sampai sekarang aku boleh rasakan camna rasanya pegang katak tu. =_=

dan.
sejak hari itu juga.
sebelum aku pakai kasut.
aku akan ketuk dulu kasut aku.
supaya benda asing di dalam kasut akan keluar terlebih dahulu.

haiz.
memang trauma seumur hidup lah.

eh eh.
melalut pulak aku ni.

okey.
berbalik semula pasal kegelian katak tadi.
banyak lagi binatang lain yang turut timbulkan rasa geli.takut.dan sebagainya.
katak, tikus, lipas.dan sebagainya.

dan.
malam tadi juga aku teringat.
ada satu kisah yang mana.
sepasang ibu bapa yang telah ditukarkan kepada binatang yang dikenali sebagai khinzir.
dan anak mereka menjaganya walaupun berkeadaan sedemikian rupa.
eh, betul ker fakta cerita ni?
aku ingat-ingat lupa la.
kalau silap tolong tegur ya.

maka.
sebagai manusia.
kita janganlah membenci binatang.
apa lagi menyeksa mereka.

biarlah jika tidak sayang sekalipun.
sekurang-kurangnya jangan menyakiti mereka.
sekiranya mereka tak menganggu hidup kau pun.

sebab apa?
sebab kita ni manusia yang lemah.
insan yang kerdil.
yang menumpang di dunia pinjaman-Nya ini.

bagaimana jika esok hari.
bila kau bangun.
kau bukan lagi seorang manusia.
tapi seekor katak.
lipas.
tikus.
atau lain-lain.
yang kau benci selama ni.

apa yang kau hendak buat?
dan apa yang boleh kau buat?

ok, katakan kau jadi katak.
katak cuma hidup dengan keluarga katak2 sahaja.
tidak pula kau boleh bercampur dengan hidup2 manusia.

kalau kau jadi cicak?
oh tak lama riwayat kau.
kejap jer lagi kena lastik dengan adik kau.
sebab kau yang ajar dia dulu macam mana cara2 lastik cicak.

lipas?
berhati2 dengan ridsect dan shieldtox!!

tikus?
kejap lagi kau masuk dalam jerat yang kau pasang sendiri.

oleh itu.
kita harus bersyukur.
jika keesokan hari.
kita masih diberikan peluang untuk bernafas di bumi-Nya ini.

dan.
kita masih diberikan peluang untuk terus menjadi manusia.
seorang khalifah yang dipertanggungjawabkan memakmurkan bumi ini.
dan bertanggungjawab untuk mematuhi segala perintah-Nya.
dan menjauhi larangan-Nya.

walaupun kadangkala aku lupa semua itu.
bukan kadangkala.
tetapi selalu.
sesungguhnya aku tergolong di dalam golongan yang lalai. :(

ya Tuhanku.
jauhkan lah aku dari golongan tersebut.
tempatkan aku dari golongan yang sentiasa mengingati kebesaran-Mu.

dan.
ingatlah.
jika Allah katakan "qul" (jadilah), maka jadilah ianya.
sesungguhnya Dia yang Maha Besar, lagi Maha Berkuasa.