Setahun Hanya Sekali...

Selamat Aidilfitri,
Kepada saudara serta saudari,
Setahun hanya sekali,
Menggunakan kamera DSLR ini.

Aku semakin malas nak menangkap gambar. Bila orang mintak untuk tangkap foto mereka, aku katakan sahaja filem dah habis. Mungkin aku sudah mula bosan dengan DLSR. atau mungkin aku memang takde bakat dalam bidang fotografi, cuma lebih berminat menghargai dan menghayati karya-karya fotografi milik orang lain (seperti kesukaan aku membaca blog-blog yang best dan menarik, sedangkan aku sendiri tak reti nak menulis entri best), atau berkemungkinan besar juga disebabkan aku memang semulajadi pemalas. tapi hari ni aku rajin nak letak beberapa keping foto kat sini. dan. Selamat Hari Raya.