Menghadapi Hari Konvokesyen


Hari konvokesyen merupakan salah satu hari penting bagi kebanyakan graduan universiti yang telah berjaya menamatkan pengajian setelah bertungkus-lumus menimba ilmu di menara gading. Disebabkan ianya hari yang penting, maka ianya perlu dirancang dengan cukup teliti bagi memastikan hari tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna. Di sini aku senaraikan beberapa perkara yang perlu diambilkira sebelum menghadapi hari konvokesyen :

1) Sediakan wang yang secukupnya.
Perkara ini sangat penting kerana kamu akan gunakan wang dalam jumlah yang banyak sebelum, semasa dan selepas hari konvokesyen nanti.

2) Booking hotel lebih awal.
Jika lokasi universiti kamu agak jauh daripada tempat tinggal kamu, dan kamu berhasrat untuk tinggal di situ untuk satu tempoh tertentu, pastikan reservation untuk hotel / rumah tumpangan telah dibuat bagi tempoh beberapa bulan sebelum hari konvokesyen berkunjung tiba.

3) Buat tempahan bunga lebih awal, jika perlu.
Jika kamu ingin hadiahkan kepada rakan-rakan atau awek-awek atau isteri-isteri kamu sejambak bunga kerana mereka turut sama terlibat di dalam konvokesyen tersebut, apa kata buat tempahan di kedai bunga lebih awal, maka ianya boleh diambil sebelum hari tersebut berlangsung. Lebih afdal lagi jika kamu tanam pokok bunga sendiri setahun lebih awal, maka kamu dapat memetik hasilnya untuk kegunaan masa tersebut (assume kamu tinggal di Cameron Highlands :P)

4) Buat juga tempahan untuk gambar studio, jika perlu.
Jika kamu tak sekaya rakan aku yang slumber je beli jubah konvo semata-mata untuk bergambar studio bersama ahli keluarga, aku sarankan kamu buat tempahan bagi gambar studio, jika kamu ada berhasrat untuk berbuat demikian.

5) Pergi ke pesta konvo tanpa membawa wallet / purse.
Ini bagi mengelakkan daripada sebarang pengaliran mata wang ringgit yang berlebihan berlaku di sekitar kawasan ini.

6) Gosok baju lebih awal.
Tolong jangan lengah masa untuk gosok segala baju, jubah, dan pakaian yang ingin dipakai pada hari tersebut.

7) Charge bateri telefon bimbit.
Pastikan bateri anda telah di charge hingga full bar kerana telefon bimbit akan menjadi alat komunikasi terpenting selepas anda keluar daripada dewan dimana majlis konvokesyen berlangsung. (sekiranya majlis berlangsung di dalam dewan dan bukanlah padang golf mahupun kandang kuda T___T)

8) Tidur yang secukupnya.
Pastikan korang tidur awal pada malam sebelum hari konvo dan bangun pada awal pagi dengan segar dan ceria. Tidur yang cukup adalah penting bagi memastikan hari yang anda lalui cukup ceria dan tidak menguap berkali-kali seperti penulis di dalam dewan sebelum, semasa, dan selepas majlis konvokesyen dijalankan. -_-"

9) Datang ke universiti lebih awal.
Jika tiada sebarang kesulitan, terutamanya yang telah bekerjaya, adalah digalakkan untuk datang ke universiti lebih awal daripada yang dijadualkan. Masa yang ada adalah cukup terhad, maka gunakan ianya sebaik mungkin.(ambil gambar sendiri, ambil gambar bersama rakan taulan, ngorat junior, erk..?)

10) Makan lebih awal.
Kepada sesi petang, sila makan tengah hari anda lebih awal dari hari-hari biasa, kerna kebarangkalian untuk kamu kelaparan pada hari tersebut adalah sangat tinggi. Dan pastikan juga kamu tak makan secara berlebihan, bagi mengelakkan kekerapan ke tandas semasa majlis sedang berlangsung.

11) Dapatkan maklumat mengenai masa pendaftaran.
Maklumat mengenai masa pendaftaran graduan dan ibu bapa / pelawat adalah sangat penting bagi mengatur perancangan yang baik pada hari besar anda.

12) Bawa kamera ke dalam dewan.
Walaupun ianya menyalahi undang-undang, tapi masih ramai yang tak memperdulikan amaran tersebut. Tapi aku sarankan bawa sahaja bagi mengelakkan penyesalan di kemudian hari. Hanya sepanjang masa di dalam dewan sahaja kamu mempunyai peluang bergambar dengan rakan-rakan anda. Penggunaan kamera telefon bimbit dan kamera digital adalah lebih digalakkan. (saiz lebih kecil, senang simpan) berbanding dengan kamera bersaiz besar seperti kamera DSLR. (Tips : Bawa paper bag ke dalam dewan bagi memastikan aktiviti menyeludup masuk kamera kamu berjaya)

13) Bawa bekalan air minuman.
Bekalan air minuman juga turut penting kerana kamu akan duduk di dalam dewan untuk satu jangka masa yang agak panjang. Tapi pastikan kamu tidak minum secara berlebihan agar rasa ingin ke tandas dapat dielakkan. Sedikit snek juga digalakkan untuk dibawa bersama bagi mengelakkan rasa mengantuk dan rasa bosan di dalam dewan. (eh dah macam pergi picnic pulak. X____X)

14) Ikatkan / klipkan Mortar Board dengan penyepit rambut.
Bagi yang mempuyai rambut yang jenis lembut, lurus, dan licin, adalah digalakkan untuk mengikat / menklipkan mortarboard kamu dengan penyepit rambut bagi mengelakkan ianya bergerak dari posisi asal dan memastikan ianya tidak terjatuh semasa kamu mengambil ijazah kamu di atas pentas, kesan daripada daya tarikan graviti Bumi.

15) Sediakan payung sebelum hujan.
Sediakan lebih banyak payung di dalam kereta sebagai backup sekiranya cuaca terlalu panas ataupun hujan mula membasahi bumi. Juga dicadangkan kepada usahawan yang berniaga di sekitar kawasan majlis konvokesyen berlangsung untuk menjual payung kerana cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini. (Mereka-mereka yang gunakan idea aku ni, sila beri sedikit peratus keuntungan kepada aku :))

Selamat Hari Konvokesyen.