Hujan Yang Turun Bagaikan Mutiara
Hujan begitu sinonim dengan haiwan dua alam, katak. Kata orang dulu-dulu, katak tu pemanggil hujan. Tapi dari apa yang aku tahu, katak cuma berbunyi bila hujan dah turun. Maka adakah hujan yang memanggil katak?
Akhir-akhir ini hujan kerap melanda di kawasan sekitar selatan tanah air. Melihatkan titisan hujan jatuh ke bumi, boleh memberikan seribu makna kepada seseorang. Kadangkala memori lama boleh terungkai kembali ke dalam minda separa sedar. Ada saja sahabat andai yang suka melihat kejadian alam ini, dan ada juga yang cukup benci bila hujan mula membasahi bumi.
* * *
Akhir-akhir ini hujan kerap melanda di kawasan sekitar selatan tanah air. Melihatkan titisan hujan jatuh ke bumi, boleh memberikan seribu makna kepada seseorang. Kadangkala memori lama boleh terungkai kembali ke dalam minda separa sedar. Ada saja sahabat andai yang suka melihat kejadian alam ini, dan ada juga yang cukup benci bila hujan mula membasahi bumi.
Tidak dinafikan, cuaca ketika hujan membataskan pergerakan seharian. Sukar ke tempat kerja, ke kuliah, ke bazar ramadhan, dan sebagainya. Hujan juga sering mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya, dimana jalan menjadi lebih licin dan daya geseran antara tayar kenderaan dengan jalan mula berkurangan menyebabkan kebarangkalian untuk berlakunya nahas jalan raya berada ditahap yang lebih tinggi. Hujan juga, yang datang bersama-sama saudara jauhnya, ribut, turut menyumbang kepada malapetaka yang agak dahsyat sebagaimana yang berlaku di daerah Jasin pada 13 Ogos yang lalu. Tidak lupa juga, masalah banjir yang menimpa dikebanyakan kawasan pantai timur tanah air di musim tengkujuh.
Namun, adakah itu yang dijadikan sebagai alasan untuk kita menafikan keagungan rahmat dari-Nya, yang mana beribu-ribu penduduk bumi di suatu kawasan pelusuk dunia masih terus berdoa mengharapkan rahmat itu juga dikurniakan kepada mereka? Bagaimana jika kau ditempat mereka? Masih ingin mencemuh dan merungut dengan nikmat tersebut? Bagaimana pula jika kau hidup fakir dan miskin di sebuah negara maju yang mana harga airnya sangat tinggi, setinggi bangunan-bangunan pencakar langitnya? Dan bagaimana jika suatu ketika, kawasan kau kering-kontang, bekalan air pula terganggu, tiada back-up water supply yang datang menghulurkan bantuan? Apa yang kau harapkan ketika itu? Bukankah kejadian alam yang dinamakan hujan?
Eh, apsal kau tersesat kat sini? Mencari konklusi?
Jadi sama-sama la kita renung-renungkan, adakah kita masih di dalam kelompok yang bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh-Nya. Bukan hanya terus merungut, mengeluh pabila titisan air dari langit mula jatuh ke bumi milik-Nya. Ramadhan masih panjang untuk kau kejar fadilatnya. Ohh, yang tulis ni, terawih pergi ke??
2 comments
meraba-raba cari link utk komen..hahahahahah
wei..
aku suka HUJAN!
hujan itu cantik..
dan menenangkan
hahaha susah ke nak carik?
tambah sket power lens kau tu weh! :P
hehe ye aku tau.
bile hujan kadang-kadang ingat kau! ;)
tapi kadang-kadang ingat orang laen. kekeke.
Post a Comment