Berita Hari Ini

JOHOR BAHRU, 10 Oktober : Benarlah kata orang, malang tidak berbau. Sewaktu penulis pulang dari makan tengah hari di sebuah arked dalam kawasan universiti, penulis terserempak dengan satu kejadian yang tidak diduga. Seekor ikan kelisa ditemui maut, manakala pemandunya pula mengalami cedera ringan. Segala isi ikan kenderaan tersebut telah dimuntahkan jauh keluar daripada perutnya ke kawasan sekitar. Roomate penulis memberhentikan motorbike motorsikal di bahu jalan, dan kami menolong apa yang termampu: mengutip helaian kertas dan sebarang benda lain milik mangsa yang bertaburan di sekitar jalan. Sedikit terkejut bila penulis mendapati barang milik mangsa tercampak jauh ke seberang jalan. Ternyata impak kemalangan tersebut agak kuat kepada si mangsa.

Pokcik tu takde kena mengena dengan kisah ni, saje je possing maut nak masuk blog.

Kelihatan tidak jauh dari tempat penulis berdiri, terdapat beberapa manusia yang prihatin sedang membantu mangsa, termasuklah kakitangan pusat kesihatan. Punca kejadian ini berlaku masih menjadi misteri dan tanda tanya, (memerlukan bantuan kebijaksanaan detective conan mungkin) kerana mangsa yang merupakan seorang wanita masih mengalami trauma teruk dan asyik menjerit-jerit ke mana hilangnya laptop kesayangan miliknya, yang akhirnya ditemui di bawah kereta tersebut. Bagaimana laptop tu boleh terjun menyelamatkan diri di bawah kereta? Ianya memang tersangat misteri. -_-"

Untuk pengetahuan semua, kemalangan ini berlaku tanpa melibatkan pihak kedua dan ketiga, yang mana hanya melibatkan mangsa dan kelisa milik mangsa semata-mata. Beberapa manusia yang berada di tempat kejadian membuat andaian bahawa kemalangan ini berpunca daripada kelajuan kereta yang dipandu, ataupun kelalaian pemandu itu sendiri.

Nak dijadikan cerita, dan menambahkan lagi kemisterian kisah ini, wanita (mangsa) tersebut juga daripada arked yang sama, iaitu tempat kami lunch sebelum kejadian berlaku. Bekerja di salah sebuah kedai minuman di situ, menurut salah seorang manusia prihatin yang berhenti di kawasan kejadian. Manusia prihatin dan rakan beliau turut berada di arked yang sama pada waktu kami menikmati juadah tengah hari. Roomate penulis juga turut mendakwa melihat wanita tersebut di arked sebelum kejadian itu berlaku. Penulis? Memang tak pernah ambil kisah hal ehwal sekeliling. Pelik dan hairan, beberapa manusia yang berada pada tempat yang sama sebelum kejadian berlaku (arked), yang tak kenal satu sama lain, dan kini berkumpul di satu tempat lain pula, yang cukup jauh dari kawasan arked tadi, berkomunikasi antara satu sama lain tentang satu ceritera yang sama. Inilah yang dinamakan, takdir tuhan.

Kes kemalangan adalah perkara biasa yang berlaku di jalan raya. Sangat tipikal. Maka apa yang luar biasanya dengan kes kemalangan yang satu ni?

Jalan yang terlibat merupakan jalan yang aku lalui setiap hari untuk ke kuliah. Eh takde la setiap hari, kuliah aku 2 hari seminggu je. :P Tapi boleh dikatakan laluan harian lah. Dan biasanya, aku pandu kereta di kawasan tersebut dengan purata kelajuan antara 70 hingga 80 km/j. Huh, ape pasal? Satu, sebab kalau kelas aku bermula pada pukul 8 pagi, maka pukul 8 pagi lah aku baru keluar bilik. Jangan tanya kenapa. Dua, sebab tu satu-satunya jalan yang tak mempunyai sebarang bonggol di kawasan universiti. Lebih dikenali sebagai highway universiti. Tiga, tiada sebarang papan tanda had kelajuan dipamerkan di kawasan tersebut.

Tapi, jika kesemua sebab atau alasan tu takde sekalipun, aku tetap pandu laju juga, sebab aku memang suka pandu dengan laju dan berbahaya. Erkk? T___T

Ye ye, aku tahu. Jangan jadi seperti ayam, ingatlah orang yang tersayang.

Harap aku dapat pengajaran daripada kisah tadi. Kalau apa-apa hal, sape yang nak update blog ni pulak kan? Doakan aku insaf. Wassalam.