Penceroboh Akan Ditembak

Hey, entri kali ni mungkin sedikit bosan, sebab aku nak menulis mengenai undang-undang! Aku bukan seorang pelajar jurusan undang-undang, tetapi aku belajar sedikit sebanyak mengenai perihal undang-undang yang digunapakai di negara ini.

Sewaktu pensyarah aku tanya kepada para pelajar kelas aku hari tu, yang mana ayatnya secara ringkas adalah lebih kurang begini, "Once a person trespass private property, and the owner take action to kill him, but the owner get sentence for a jail for killing the trespasser. What do you think about that?"

Aku cuma tersenyum tatkala mendengar kata-kata pensyarah aku tu. Kerana secara automatiknya aku teringat kembali entri yang pernah ditulis oleh Ariff Shah beberapa ketika dahulu, yang mana beliau berpendapat bahawa jika terdapat penceroboh / penyamun / perompak / penyangak atau apa-apa gelaran lain yang sewaktu dengannya, apabila memasuki ke dalam kawasan rumah kita tanpa diundang, maka kita seharusnya membuat tindakan pantas dengan membunuh mereka sebelum mereka sempat berbuat apa-apa yang tidak diingini kepada kita. Jika kita hanya bertindak mencederakan mereka sahaja, mereka berkemungkinan marah dan bertindak dengan lebih ganas dengan menyerang kita, lebih-lebih lagi jika terdapat lebih daripada seorang penceroboh. Persoalannya disini, adakah kita akan didakwa ke atas tuduhan membunuh tersebut, walaupun kita claim yang kita hanya cuba untuk mempertahankan diri sendiri?

Begini, di bawah undang-undang tort yang digunapakai di Malaysia, terdapat beberapa tindakan yang perlu dibuat apabila berhadapan dengan penceroboh seperti ini :

1) Kenal pasti rupa fizikal dan jangkaan usia penceroboh tersebut.
2) Minta mereka keluar daripada kawasan rumah anda.

Ya, memang tidak logik bukan? Dah tentu penceroboh tu masuk dengan tujuan yang tak baik (kalau tak buat apa nak ceroboh), nak pulak diorang keluar bila kau suruh diorang keluar? -_-" Tapi harus difahami, inilah apa yang telah diperuntukkan di bawah undang-undang negara ini.

Dan berbalik kepada persoalan di atas tadi, jawapan yang dicari adalah ianya tidak dibenarkan sama sekali dan menyalahi undang-undang negara ini. Ini kerana terdapat kes mahkamah sepertimana situasi di atas menyebabkan pembunuh penceroboh ini (pemilik rumah) dihukum penjara akibat tindakannya tersebut. Tapi kenapa?? Sabar, nanti aku jelaskan.

Akan tetapi, keadaan yang sebaliknya akan berlaku sekiranya kau nampak penyagak tadi mempunyai senjata yang boleh digunakan untuk mencederakan kau atau sesiapa sahaja, maka kau boleh bunuh beliau atas tujuan mempertahankan diri sendiri. Diulangi, bila kau nampak, dan selagi kau tak nampak, kau tak boleh buat apa-apa tindakan yang melampaui batas.

Satu lagi benda aku nak kongsi dengan korang adalah mengenai signboard ni :


Aha, pernah jumpa tak kat mana-mana? Agak-agak korang la benda ni sah tak dari segi undang-undang? Jawapannya, tidak. :) Kenapa? Sebab yang sama bagi persoalan di atas, kerana pencerobohan hanya boleh didakwa di bawah undang-undang sivil, dan pembunuhan pula di bawah undang-undang jenayah. Ianya merupakan dua elemen yang cukup berbeza. Hukuman pembunuhan hanya boleh dilaksanakan oleh badan yang telah ditugaskan oleh menghukum penjenayah tersebut, yang mana dihukum di bawah undang-undang jenayah, (gantung sampai mati) dan tindakan pencerobohan hanya boleh menyebabkan dakwaan dibuat (saman) kepada pesalah di bawah undang-undang sivil. Ahahaha korang paham ke? Blur je aku tengok muke sorang-sorang. Buat-buat paham dah la ek. Tak paham tanya aku okay.

Tapi apape pun, ada ke yang berani nak masuk kawasan orang yang dah letak signboard macam ni? Dah tentu orang dah bagi amaran keras awal-awal lagi, tak kira tindakan tu betul atau tak dari sisi undang-undang, kalau kau masuk jugak kau memang saje menempah maut!