hijrah

sebelum detik ini,
aku ingatkan ingin menulis sedikit review tentang kehebatan filem inception dan salt,
tapi bila difikir-fikirkan balik.
dan direnung-renungkan kembali,
ini bukanlah blog untuk drama series atau filem review semata-mata.
tapi kenapalah aku asyik hasilkan entry tentang review je kebelakangan ni.
sangat bosan blog aku ni, kan?

dan sebenarnya,
sejak aku mula membuka blog ini lagi,
aku mencuba untuk tidak menulis berkisar mengenai kisah kehidupan peribadi aku di sini.
oleh sebab itu aku cuba setkan suatu batas pemisah antara dunia blog dan dunia aku.
tapi malangnya,
akibat daripada sekatan tersebut,
idea yang menarik untuk dikongsi bersama dengan para blogger sekalian juga turut sama tersekat.
jika ada pun,
aku akan mula mengetuk papan kekunci setulus hati namun tatkala entry berjaya disiapkan,
tiada kekuatan untuk men-publish-kan entry tersebut.
hanya tersimpan rapi di dalam ruang draft semata-mata.
kerna aku jenis yang indensive.
kerna kadang-kadang berani itu pergi, tak kembali.
untuk mengagahkan aku menyiarkannya bagi tatapan pembaca sekalian.
















maka,
pada hari ini.
hajat hati, ingin aku coba mengubah sedikit sebanyak konsep blog ini.
hajat hati, ingin menanamkan sedikit keyakinan dalam diri.
ingin menulis apa sahaja idea yang datang menjengah ke dalam minda separa sedar, tidak sedar mahupun minda sedar sepenuhnya.
tanpa keraguan. tanpa halangan.
hajat hati ini juga ingin menolak jauh batasan yang digariskan oleh diri sendiri.
yang menjadi kayu penghalang kepada penghasilan sebuah karya asli dari penulis entry ini. 
tapi sedaya upaya tetap ingin coba terus menepis, menangkis, mengelak, dan menahan diri daripada menulis mengenai perihal hidup peribadi sendiri.

doakan aku berjaya.
wassalam.

5 Ramadhan 1431.