Sebuah Kisah Setan Pencen
Terdapat pelbagai komen dan kritikan yang kurang memberangsangkan bagi filem ini oleh peminat-peminat novel popular Ahadiat Akashah; Lagenda Budak Setan,Kerana dikatakan tidak dapat memenuhi expectation mereka,
Namun ianya masih sebuah filem tempatan yang menarik untuk ditonton.
Ya, memang tipikal cerita-cerita melayu yang mengundang air mata,
Ya, memang jalan cerita berlalu dengan agak pantas,
Dan ya, memang Kasha tak berapa nak setan untuk menjadi lagenda,
Tetapi ianya berjaya digarap dengan secukup rasa.
Agak kurang menarik pabila aku tonton cerita ni selepas mengetahui sedikit sebanyak jalan ceritanya.
Aku tak pernah membaca novelnya, tetapi filem ini telah diulas secara kritikal oleh Basuh Baju.
Aku tak fikir pun aku akan tonton cerita ni, tetapi tak sangka minggu lepas aku ditakdirkan untuk menontonnya.
Ye la, menemani ibu tersayang pergi menonton. :)
Kasha daripada sifat kesetanannya berubah menjadi lebih baik tatkala sang hati mula terpaut kepada si gadis bernama Ayu.
Kasha merupakan seorang watak yang sangat setia pada cintanya.
Sanggup menerima gadis itu seadanya,
Walaupun pernah terlanjur dengan bekas kekasih, walaupun telah menggalas gelaran "janda", Walaupun rupanya telah berbeza, walaupun memorinya telah hilang,
Kasha tetap terus sedia bersabar menunggu dan menerimanya dengan hati yang terbuka.
Ayu pula setia pada cinta namun terpaksa menerima hakikat bahawa jodohnya bukanlah dengan si Kasha, tapi si Azmi, bekas kekasih hati.
Janji yang dibuat terpaksa dimungkiri, demi menjaga hati si ibu.
Azmi? Terlalu cintakan bekas kekasihnya, Ayu dan sangat menggilakannya.
Ya, akibat gila dengan cinta manusia boleh berbuat apa sahaja.
Filem ini berjaya bermain dengan emosi penonton seolah-olah berada di dalam diri watak kisah tersebut.
Kerana aku sendiri dapat merasakan pernah berada di tempat Kasha, Ayu dan Azmi.
dan mungkin juga akan melalui keadaan Katerina.
Suatu hari nanti.
Aku tertarik kepada ungkapan kata-kata Kasyah,
"Saya mencari cinta, bukan mencari perempuan."
Memang benar,
Sekalipun sepuluh, seratus perempuan cantik, hawt, dan cukup sempurna,
Hadir ke dalam hidup kamu,
Namun tidak semudah itu melupakan cinta nan satu.
Tidak semudah itu diganti atau menggantikan.
* * *
Kita mencari di mana tulang rusuk kita.
Secara tidak sedar mungkin telah lama berdiri di hadapan kita.
Atau berada di suatu sudut dunia.
Yang mana belum lagi ditakdirkan untuk berjumpa.
Ada yang perlu mengharungi lebih daripada satu akad nikah untuk menemui cinta sejati.
Semua hal ehwal itu kekal menjadi suatu misteri.
Rahsia Allah yang hanya diketahui-Nya.
2 comments
hai hai hai tak sempat agi tengok lbs huhuhu :(
tapi novel dia dah bace :D
hai hai hai saya pulak tak bace lagi novelnya.
pinjam buleh? ;)
Post a Comment